As-salam.
Suasana semakin sunyi, bunyi kenderaan juga semakin kurang. Hampir semua orang sudah balik berayalah tu! Terasa juga sedih di hati sebab pada tahun ini kami tidak balik lagi beraya di kampung, seperti juga pada tahun lepas. Insya-Allah selepas raya nanti kami akan balik juga. Pada ketika itu tiadalah lagi kesesakan tahap gaban seperti yang dialami detik ini! Sebenarnya kami sudah pun balik kampung sebelum puasa tempoh hari. Walau apapun balik kampung semasa raya lainlah rayanya kan!!
Ok, ok, kita tukar topiklah ya, jangan off-topic lagi!
Pagi ini semasa membelai dan menyiram pokok, terpandang pula Mak Aji akan pepatung ini yang elok bertenggek di pokok kaktus nan satu ini. Mak Aji masuk ke dalam rumah untuk mengambil kamera, ia masih di situ, hinggalah selesai Mak Aji ambil seberapa banyak shot yang Mak Aji mahu! Elok sahaja dia berposing walau muncung lensa cuma seinci dua dari badannya!! Apa lagi, beraya sakanlah ahli fotografi profesional ini!!







