About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label bunga ros. Show all posts
Showing posts with label bunga ros. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

Yang Kembang Lagi di Laman

As-salam.

Belum terlambat agaknya untuk Mak Aji mengucapkan salam kemerdekaan kepada anda semua. Setelah bercuti hujung minggu yang agak panjang berbanding biasa tentunya hati agak berat untuk menyambung tugas masing-masing ya! Mak Aji pula agak bersemangat 'bekerja' di laman setelah rumput baru selesai dipotong - tukang mesin rumput pun mahu cuti merdeka! Semalam dan hari ini baru mahu masuk kerja! Apapun mari kita jamu mata dengan yang kembang-kembang di laman edisi hari Selasa:

Star of the show! - bunga raya tentunya diberi keutamaan sempena Merdeka ini!
Ixora/siantan.
Lupa lagi apa ke namanya bunga ini - asyik hakisan memori aje!
Ros nan sekuntum sahaja.
Tiga sekawan Mexican petunia/ruella.
Alamanda climber.
Kemboja kuning.
Bunga melur.
Can't get enough of you - sorilah ya, Mak Aji asyik ulang tayang bunga ini - syok sendiri!

Sudah puas tengok bunga, sambung balik kerja ya! 





Sunday, 8 September 2013

Syurga Ros

As-salam.

Sambil menaip entri ini terngiang-ngiang di telinga, lagu S.M. Salim, .... oh bungaa rosss!! Seronok betul rasanya setelah Mak Aji pergi melayan diri di sebuah nurseri yang memang khusus menjual pokok bunga ros (adalah juga dijual pokok air - water hyacinth ke apa ke, kurang pasti namanya). Bagi peminat bunga ros yang tegar, inilah yang akan anda anggap syurga. Mak Aji yang setakat ini belumlah peminat tegar pun, sudah rasa tidak mahu balik!!

Nurseri ini dikenalkan kepada Mak Aji oleh Along, anak sulung Mak Aji yang tahu Mak Aji suka ros. Dia tagkan laman FB pemiliknya untuk Mak Aji jengah (di sini). Setelah berhubung dengan taukenya melalui FB, petang tadi (walaupun hujan renyai-renyai) Mak Aji berkunjung ke situ. Apa lagi, tentu anda tidak sabar untuk melihat hasil kunjungan itu dalam bentuk foto, bukan!! Mari Mak Aji kongsikan:

1. Mak Aji paling suka yang ini. Oranges n Lemons namanya!
2. Midnight blue.
3. Entah apa namanya. Mak Aji ada pokok ini.
4. Berlapis-lapis tebal kelopaknya
5. Cukup menawan warna merah jambunya.
6. Merah jambu lembut, cukup manis!
7. Cantik, bukan!
8. Cantik juga yang warna kuning ini.
9. Delicious orange!
10. Ros yang tidak banyak lapis kelopaknya.
11. Mak Aji pernah ada ros berwarna peach ini tetapi sayang sudah mati pokoknya.
12. Berlapis-lapis juga kelopaknya.
13. Semacam ada bunga ros dalam bunga ros!
14. Sweet pink!
15. Merahnya mak ngah!
16. Ini pula versi merah jambu.
17.Auguste Renoir
18. Auguste Renoir lagi.
19. Cantik manis jenis ini ya! Sooo sweeeeet!!
20. Jenis ini pula bunganya kecil-kecil bergugus.
21. Masya-Allah cukup cantik gubahan semulajadi Ilahi!!
22. Cantik bunga yang belum cukup sempurna kembangnya.
23. Ferdinand Pichard namanya. Nama oranglah agaknya.
24. Another take, cantik sangat yang ini! Berkenannya!
25.
26.
Setahu Mak Aji ada dua jenis ros, jenis biasa dan jenis yang memanjat. Kita biasa lihat trellis yang disandarkan ke dinding rumah (mat salehlah) untuk ros jenis ini. Berikut ros yang jenis itu:

Ros memanjat ditanam sederet dan disokong dengan pancang kayu.

Sambil berborak dengan tauke nurseri, sempat juga dia berpesan bahawa dia menerima pesanan pokok ros apa sahaja jenis serta warnanya, sebutkan sahaja jenis serta warnanya, akan diusahakannya. Apabila sudah siap akan dimaklumkan kelak. Pesanan boleh dibuat dengan singgah ke nurseri atau melalui FB. Kita juga boleh meminta agar dibuat pokok ros (rose tree) mengikut ketinggian beberapa kaki yang kita mahu. Kadar harganya mengikut ketinggian pokok seperti pada foto akhir:

Contoh rose tree.
Rose tree yang baru siap dibuat dan menunggu untuk diambil pelanggannya.
Ini kadarnya - ada berani???? Contohnya, 3 kaki tinggi, RM280!

Kalau rakan-rakan mahu kenal pemilik nurseri ini dengan lebih dekat, berikut fotonya:

Pemilik nurseri - Chai Suk Fah.
Jangan lupa singgah ke sini ya! Nurserinya di sebelah kiri sebelum simpang masuk ke RRI.

Wednesday, 31 July 2013

Ros Dua Tona Warna

As-salam.

Kali terakhir ke nurseri tempoh hari, Mak Aji gantikan sepokok ros yang mati. Kali ini Mak Aji beli ros kampung, yang mengikut kata penjualnya wangi. Kali ini wartnanya dua tona. Saksikan ros yang kembang dan yang masih kudup:

Ros dua tona warna. 





Monday, 1 April 2013

Semangat Ros

As-salam.

Semalam untuk pertama kalinya Mak Aji beli tiga pokok ros, yang merah menyala, yang merah jambu dan yang peach. Ada yang saiznya besar dan ada yang sederhana sahaja. Pun dibeli baja khusus untuknya. Diminta juga panduan daripada tukang jual tentang cara penjagaannya, al-maklumlah 'orang baru' dalam hal-ehwal ini! Ini pokok-pokoknya semalam:

Kudup warna peach.
Kudup merah jambu yang bakal kembang.
Red, nice and juicy!!
Another take!
Ini pokoknya, tidak sebesar mana.

 Ini pula pokok yang sama pada pagi ini:

Kuntum lain pula.
Sudah kembang sedikit, cantik manis warnanya, kan!!
Ini yang dari nurseri - bila yang merah jambu lkembang nanti akan jadi macam ini, insya-Allah!

Macam tidak percaya pula Mak Aji bela pokok ros sebab takut tidak serasi - jangan sekali berbunga terus diam membisu tidak kembang-kembang lagi! Harap-harap janganlah begitu hendaknya.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...