About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label burung murai. Show all posts
Showing posts with label burung murai. Show all posts

Sunday, 7 December 2014

Tamu di Laman

As-salam.

Sehari dua ini cuaca agak panas di siang hari dan kadangkala hujan turun di waktu petang. Setelah bercuti menyiram pokok maka sehari dua ini tugas menyiram terpaksa diteruskan demi kelangsungan hidup pokok-pokok di lamanku. 

Dari dalam rumah Mak Aji sudah mengintai-intai gelagat dua ekor burung murai yang bermain di pergola. Seekor di kayu pergola sementara seekor lagi sibuk membasahkan tekaknya. Yang pertama sempatlah Mak Aji rakam tetapi sayangnya yang kedua sempat lari.

Yang seekor. Perhatikan putik anggur di atas kanan foto.
Berehat di dahan tiruan. Putik anggurnya lebih jelas di sini. 
'Kolam' tempat melepaskan lelah dan membasahkan tekak yang haus!

"Kolam" Mak Aji sekadar pasu besar berisi air yang dikhususkan untuk membela ikan gapi di samping menjadi sumber minuman haiwan, terutama burung-burung yang sering bertamu!

Berikut pula tamu yang sering menjadi buruan tukang kebun. Terkejut Mak Aji akan upayanya memanjat sehingga setinggi itu! Lihatkan pokok pinang kuning berikut:


Ini pokok pinangnya. Nampak tidak siput yang bersaiz XL itu?? (di kanan).
Tudia musuh nombor satu!!
Taking his last breadth prior to execution!




Saturday, 16 March 2013

Hiburan Pagi

As-salam.

Kalau mereka yang bekerja sibuk dan pagi-pagi lagi perlu bergegas-gegas ke pejabat, terutama mereka yang bekerja di KL, kami yang sudah berpencen lain pula halnya. Suasana pagi yang nyaman dimanfaatkan sebaik-baiknya mengikut keperluan dan kehendak kami. Yang pastinya, nyaman pagi menjadi teman sarapan di beranda sambil melayan hiburan percuma yang disediakan oleh pelbagai jenis burung di sekitar rumah kami! Kata orang burung-burung turut berzikir kepada Pencipta dengan cara mereka yang tersendiri!!

Dengarkan link berikut yang sempat dirakam pagi semalam: 


Salah satu jenis burung yang berkicau menghiburkan kami! - murai.
Sumber foto:  http://ms.wikipedia.org/wiki/Burung_Murai_Kampung

Alhamdulillah atas nikmat hiburan yang diberikan - hadiah yang cukup berharga bagi kami!





Friday, 22 February 2013

Murah Rezeki Jiran

As-salam.

Alhamdulillah bagi kami orang pencen yang tidak perlu bergegas-gegas ke pejabat, waktu pagi boleh dimanfaatkan dengan baik sekali. Usai solat Subuh Mak Aji terus ke dapur untuk menyediakan sarapan - goreng pisang tanduk. Pisang tanduk dua biji diberi jiran kami memang lebih daripada cukup untuk sarapan kami bertiga. Selain itu ada juga ubi yang Pak Aji bawa balik dari kampung. A very simple and fulfilling breakfast, with a mug each of coffee, alhamdulillah!:

Goreng pisang tanduk!
Ubi rebus.
Sambil kami bersarapan di beranda kedengaran burung murai berkicau riang. Mak Aji cukup suka mendengarnya. Itulah antara nikmat yang hanya mampu dirasai orang pencen! Semasa bekerja mana sempat dengar apa-apa kalau pagi-pagi buta lagi sudah menekan pedal minyak kereta??


Jom sarapan!




Saturday, 12 May 2012

Burung Murai Pula Bertelur!!

Patah tumbuh hilang berganti! Kalau telur burung ngobok putih sudah hilang, pada pagi ini Pak Aji memaklumkan bahawa burung murai pula yang bertelur di pokok tanduk rusa, juga di porch rumah!! Padanlah burung murai cukup garang semalam - kata Pak Aji ada seekor biawak keluar dari semak di tanah orang sebelah. Sebaik sahaja murai nampak biawak, diserangnya dan dipatuknya biawak sampai biawak kabur (lari)! Pak Aji sudah syak yang burung murai bertelur, cuma dia tidak tahu di mana! Sekarang tahulah kami. Cuba tengok foto berikut:

Tanduk rusa di porch.
Pak Aji panjat tangga untuk mengambil foto ini!!
Jeng jeng jeng, telur dua biji!
Betapa comelnya telur ini!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...