About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 22 February 2013

Murah Rezeki Jiran

As-salam.

Alhamdulillah bagi kami orang pencen yang tidak perlu bergegas-gegas ke pejabat, waktu pagi boleh dimanfaatkan dengan baik sekali. Usai solat Subuh Mak Aji terus ke dapur untuk menyediakan sarapan - goreng pisang tanduk. Pisang tanduk dua biji diberi jiran kami memang lebih daripada cukup untuk sarapan kami bertiga. Selain itu ada juga ubi yang Pak Aji bawa balik dari kampung. A very simple and fulfilling breakfast, with a mug each of coffee, alhamdulillah!:

Goreng pisang tanduk!
Ubi rebus.
Sambil kami bersarapan di beranda kedengaran burung murai berkicau riang. Mak Aji cukup suka mendengarnya. Itulah antara nikmat yang hanya mampu dirasai orang pencen! Semasa bekerja mana sempat dengar apa-apa kalau pagi-pagi buta lagi sudah menekan pedal minyak kereta??


Jom sarapan!




2 comments:

  1. salam makji
    ubi tuh cam ubi keling yer...betul tak? best an bila dah pencen..releks jer tiap2 pagi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Yes dear, betul tu ubi keling, Pak Aji terjumpa yg saiz besar punya! x pernah jumpa yg saiz begini sebelum ni. Rasa sama je. It is so good to be home, away from the hustle and bustle, hidup yang lebih tenang dan menyeronokkan!! Apalagi dok kawan dgn org muda, perasan muda pulak, he he!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...