About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 23 October 2013

Sekitar Laman di Pagi Hari


As-salam.

Sementara cucunda tidur balik setelah mandi dan minum susu, keluarlah Mak Aji ke laman. Orang kata wordless wednesday, Mak Aji kata less words on a wednesday, he he!! Biarkan sahaja foto bercerita:

Tuaian mulberi hari ini setelah menuainya 3 hari berturut-turut! Besar-besar saiznya daripada biasa - sebab hujanlah kut!
Cukup meriah buah mahkota dewa!
Ada yang dah nak merah - nak cuba potong nipis dan keringkan, pastu, ........
My lovely peach hibiscus. Love the colour!!
Melur kembang di laman.
Di siram hujan.
Kunyit hitam yang dibongkar untuk dibuat ulam dan juga ditanam semula. Semacam kacang tanah pun ada!
Last but not least, anak heliconia jenis sexy pink!!

Catatan: Kata tak nak cakap, cakap juga - apa nak buat tabiat orang tua begitulah! Kalau tak berleter, tak sah!



28 comments:

  1. Replies
    1. Salam Awin,

      Manis2 masam. Petik aja boleh terus ngap!

      Delete
  2. Itu rupanya pokok dan buah mahkota dewa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Kita biasa terbaca bahan ini dalam kopi 3 dalam 1, kan! Inilah dia yang semulajadi.

      Delete
  3. salam mak aji;
    1st time tgk kunyit hitam...mcm kcg tanah...kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Bila gali semalam perasan macam gali kacang tanahlah! Tanam kacang pun tidak, gali kacang pulak ya, he he!

      Delete
  4. Assalam mak aji,

    Pokok mahkota dewa tu bukan main banyak lagi buahnye...kalo ranum serentak tu mesti cantik. Buah mulberi tu......cantiknye...mcm memanggil2 pulak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ibu Qis,

      Mak Aji dimaklumkan ketika dia masih mengkal, hijau merah tu kena petik, potong nipis dan keringkan. Katanya lagi (Adry) mahkpta dewa yang kering boleh capai RM100 sekilo harganya! Aku kaya, aku kaya! Kat sapa pulak nak jual nih??

      Tahu pun, saje boh kat sini supaya Ibu Qis terkesima melihatnya!

      Delete
    2. memang terkesima dan terjeles.....huhu :P

      Delete
  5. Comelnya kunyit hitam tuh..bulat2 kiut plak.....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynna,

      Kena tanam semula (macam pokok getah pula ya) sebab Pak Aji tanam dalam terlalu banyak sangat pasu, overdose! Pun sebab nak pakai pasu besar tu untuk sexy pink heliconia, itu yang habis dibongkar kunyit hitam tu.

      Delete
  6. salam makji,
    segar betul nampaknya mulberri makji tuh..ade orang dok nyibuk jgk tgk gambar tuh katanya pernah nampak kat sini..tah betul ker idak tuh..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Alhamdulillah musim hujan sekarang, dah berhari2 tak payah menyiram kecuali yang terlindung je. Kalau ada kat sana bolehlah kita sama2 tanam ya!

      Delete
  7. Assalam Mak Aji... 1st time tengok kunyit hitam tu.... bunga raya oren menawan sungguh..melur tu warna purple k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Kunyit hitam yang x berapa hitam pun warnanya. Sweet kan kaler oren tu! Melur tu sekali pandang macam purple sebab cuaca pagi tadi mendung dengan hujan di sana-sini (macam weather forecastlah pulak!).

      Delete
  8. mak aji..tak sabar nak tengok heliconia yang sexy pink!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Kalau nak tengok macam mana bunga sexy pink tu, boleh gi sini:
      http://greenfingers898.blogspot.com/2013/08/koleksi-heliconia.html

      Foto ke-4 tulah sexy pink! Memang sexy, kan!

      Delete
  9. Mak Aji.. wahhh.. sejuk mata memandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Pedasdanmanis,

      Alhamdulillah, memang itupun tujuan berkebun ni!

      Delete
  10. Replies
    1. Salam Kam,

      selamat berkenalan dengan kunyit hitam!

      Delete
  11. Wah uniknya rupa kunyit hitam tu. Hujan sekarang kita rilek sikitkan Mak Aji tak yah fikir nak siram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Ya, memang agak pelik sikit rupanya, benih pemberian sepupu Pak Aji dari kampungnya. Betul tu, let nature do the work, kita rehat kejap!

      Delete
  12. wow ..cantik dan menyegarkan. cantiknya peach hibiscus saat disirami air hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puteri,

      Alhamdulillah itulah seadanya. Memang cantik warna peach tu!

      Delete
  13. assalamualaikum mak aji,
    sejuk mata memandang..hati pun tenang...suka tengok hibiscus peach dan bunga melur tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,

      Memang nyaman di pagi hari - orang lain dok sibuk di ofis/sekolah, Mak Aji dok rileks kat laman, jangan jeles ya! Bunga-bungaan menghibur hati!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...