About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 3 October 2013

Projek Persempadanan

As-salam.

Apabila membaca tajuk bunyinya macam persempadanan semula kawasan mengundi ya, he he! Jangan risau, musim mengundi sudah lepas, ini pula projek mega Mak Aji, membuat sempadan di laman - yang pernah Mak Aji sebut tidak lama dahulu. Projek ini sudah berjalan sedikit demi sedikit dan sudah agak kelihatanlah hasilnya alhamdulillah! Saksikan:

Sorry, no cars beyond this point! Arbor yang memisahkan kawasan berkonkrit dan berumput.
Pokok akar dani di kiri arbor dan di kanan pula kesidang dan pokok ketok-ketok (masih kecil lagi).
Pokok sudah ada yang melebihi sekaki tingginya.
Yang ini juga agak subur, apalagi dengan siraman air semulajadi.
Lagi satu sisi.
Hujung sempadan - kawasan ini tanahnya agak kurang subur sedikit.
Sempadan nampak gayanya lebih hijau daripada berwarna-warni. Teringin pula untuk Mk Aji berikan suntikan warna agar lebih ceria sempadan ini - sekali pandang macam anak-anak beratur di sekolah sahaja! Bilalah agaknya boleh keluar ke nurseri ni agar boleh ditinjau bunga-bungaan!





4 comments:

  1. salam makji,
    memang kehijauan dan tenang mata memandanglah lamanmakji nie..cantik..suka arrangementnyer..bila pokok yg beratur tuh besar, lg cantik tuh..inshaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Setakat ni banyak hijau dan kuning je, warna lain kurang. Itu yang nak suntik warna lain juga agar lebih ceria sedikit! Setakat ni manfaatkan saja anak2 pokok yang sedia ada di laman.

      Delete
  2. Makin colourful rumah Mak Aji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Alhamdulillah ceria sikit la, cuma nak kena improve sikit lagi supaya lebih kemas, waktu terhad sikit sekarang sebab jaga budak kecik nih!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...