About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 23 October 2013

Ulang Tayang Bakawali

As-salam.

Bunga bakawali sudah kembang sepenuhnya jam 12 malam tadi dan apa yang tinggal pada jam 7.00 pagi ini hanyalah kudup yang sudah meluyut. Mari kita lihat perkembangannya sejak petang semalam sehinggalah bakawali pada pagi ini:

Mari kita ulang tayang perkembangannya dari awal hingga akhir:

Pada lewat petang semalam.
Pada jam 10 malam.
Pada jam 11 malam.
Bakawali pada puncaknya pada jam 12 malam.
Kudupnya layu sudah.
Kawan FB Mak Aji yang juga mantan bos mencadangkan agar bunga ini dibiarkan kering secara semulajadi di tangkainya dan selepas itu di simpan di dalam bekas untuk terus menikmati harumannya! Insya-Allah akan dibuat begitu nanti. Itu yang dibuatnya dengan bunga orkidnya dan setelah 3 bulan harumannya masih ada bila bekasnya dibuka!


4 comments:

  1. assalam makji,
    bunga bakawali nie kembang tengah malam yer.penat lahkalau gitu kan kena berjaga tuk tengok bunga nie kembang ..heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Untuk sesekali yang dia kembang terpaksalah bersengkang mata untuk meraikannya! Mak Aji takpa sebab syif malam jaga Aleesya giliran mama dan ayah dia. Pun amat jarang sekali dia bangun, terus je tidur sampai pagi! Pastu bangun punya lapar macam nak telan orang, he he!

      Delete
  2. Assalam Mak Aji..mlm tadi tidur menjelang pukul12 tgh mlm ... tak larat sebab mkn ubat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Mar yang sedang kurang sihat kena banyak rehat. Biar kong terus beberapa hari agar cepat baik! Harap dah beransur baik ya Mar!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...