About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label pokok kari. Show all posts
Showing posts with label pokok kari. Show all posts

Sunday, 7 September 2014

Pokok Kari Berbunga Lagi

As-salam.

Tempoh hari pokok kari yang ditanam di pasu ini sakit teruk kena serang makhluk asing yang semacam ulat yang rupanya agak mengerikan! Setelah dirawat dengan semburan neem oil dan dibawa ke bawah pergola (sepanjang tempoh rawatan - semacam masuk hospitallah!) alhamdulillah pucuk-pucuk baru sudah mula keluar dan begitu juga bunganya. Kali ini berjaya juga Mak Aji sebagai misi ya!

Cantik juga bunga kari ya!

Mak Aji cukup risau apabila pokok kari sakit sebab Mak Aji selalu meggunakan daunnya bukan sahaja untuk mengari (buat karilah tu!), malah untuk diletak dalam kuah spaghetti bolognaise (sudah dijadikan resepi ala Malaysia), juga sesekali untuk direndam dalam air panas jika kepala terasa berat - biasanya tekanan darah naik. 

Sebab itulah Mak Aji ada 3 pokok yang ditanam di tiga tempat yang berbeza - ada back-up apabila mana-mana pokok sakit!

Mak Aji dimaklumkan yang apabila buah kari keluar nanti dan cukup matang, kita boleh membuat benih anak kari - setakat ini elok sahaja merah buahnya asyik menjadi rezeki burung sahaja! Insya-Allah kali ini akan menjadi benih, andainya ada rezeki Mak Aji pula!




Friday, 2 May 2014

Pokok Kari Diserang Lagi

As-salam.

Pokok kari Mak Aji sering mendapat serangan - kalau dahulunya daripada semut, hari ini Mak Aji perasan ada benda lain pula yang menyerangnya - habis daun dikerjakannya dengan cukup cepat:

Habis daun kari dikerjakan - semacam kerja leaf-miner juga.
Ini dia culpritnya!
Semacam ulat pun ada, buruk rupanya!! Rasa macam nak tenyeh-tenyeh sampai lumat! Geli pun ada juga!
Apapun ini buah kari yang hampir masak - comeylah pulak kan!
Nanti akanku semprot dengan neem oil baru kautahu nasib engkau!!




Wednesday, 12 February 2014

Bunga Kari

As-salam.

Kalau sebelum ini Mak Aji pernah memaparkan foto bunga pokok kari yang Mak Aji terjumpa di nurseri, kali ini bunga kari sudah ada di laman sendiri! Sebenarnya pokok kari ini baru lepas dicantas kerana diserang serangga apa entah hinggakan hampir keseluruhan daunnya botak. Setelah keluar pucuk baru, keluar sekali selepas itu bunganya:




Entah bagaimana pula rupa kembangnya bunga kari ini ya? Nanti insya-Allah Mak Aji buatkan up-datenya ya!




Monday, 21 October 2013

Cuba Teka Buah Apa!

As-salam.

Semalam semasa menjamu mata serta melayan diri di nurseri, Mak Aji terpandang buah daripada sejenis pokok ini yang sebelum ini tidak pernah Mak Aji lihat. Cuba teka buah apa ini:

Cer teka, cer teka! (Intai daun  sebab nak teka pokok apa eh!!)
Jawapannya dalam foto berikut:

Inilah pokoknya - pokok kari!
Yang ini juga mahu berbunga juga!
Pokok kari Mak Aji belumlah pernah berbunga mahupun berbuah, jadi seronok juga apabila dapat melihatnya buat pertama kali ini! Tentang khasiatnya Mak Aji pun sudah lupalah. Usah risau Pak Cik Google sedia membantu!



Thursday, 2 May 2013

Pokok Tenggek Burung

As-salam.

Seperti yang disebut dua hari lepas, Mak Aji akan tunjukkan pokok tenggek burung (cuma tertunda sehari - macamlah awak tu kerja, hari-hari pun cuti, he he!) 

Pokoknya sekitar paras paha Mak Aji, tidaklah sebesar mana, dibeli dengan harga RM10.00. Ini dia:

Tenggek burung.
Berikut pula pokok kari yang dibeli saiz besar sedikit agar lebih cepat dapat dimanfaatkan daun-daunnya:

Pokok kari dengan harga RM12.00.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...