As-salam.
Lama sungguh rasanya tidak membuat entri dalam blog ini. Kali terakhir, sebelum ke Skudai untuk menziarah anak cucu di samping menghadiri majlis Hol Habib Ali bin Zaenal Abidin al-Idrus di Masjid Sultan Ismail di Batu Pahat. Dalam perjalanan pulang ke KL kami menyinggah lagi ke Batu Pahat untuk menziarah makam beliau.
Mak Aji pernah ditanya oleh seorang pengunjung blog tentang apa jenis pokok/tumbuhan yang sesuai ditanam di atas pusara. Selepas membuat sedikit rujukan sana sini, Mak Aji memaklumkan bahawa kebiasaannya pokok yang ditanam jenis yang tidak berakar tunjang dan yang tidak tumbuh terlalu besar sehingga menyukarkan kerja menggali kubur. Jenis tanaman pula biasanya jenis puding, bunga cina serta melur.
Semasa di makam Habib Ali Mak Aji sempat merakam bunga melur jenis duke of tuscany. Rupa-rupanya bunga bersaiz kecil sahaja. Walaupun begitu bentuknya yang berlapis-lapis cukup cantik. Wangi atau tidak, terlupa pula untuk menciumnya!
 |
| Duke of Tuscany (kalaulah boleh ditukar ke Duchess, sebab cantik biasanya pada perempuan, he he!!). |
 |
| Makam Habib Ali serta keluarganya. |
 |
| Tanah perkuburan tempat makam Habib Ali. |
 |
| Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat, lokasi majlis hol. |
 |
Wajah allahyarham Habib Ali.
Sumber foto: oghangbaado.blogspot.com |