About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label pisang abu. Show all posts
Showing posts with label pisang abu. Show all posts

Wednesday, 17 December 2014

Pisang Abu

As-salam.

Serumpun pokok pisang abu di tepi pagar sedang berbuah 2 tandan walaupun ada pokoknya yang sakit. Pak Aji sering membuang daun-daun yang sakit (bertukar ke warna kuning) sehinggakan setandan pokok tiada lagi daunnya - yang tinggal cuma tandan buahnya sahaja:

Tandan pertama yang tinggal tandan sahaja tanpa daunnya.
Tandan kedua - harap sempatlah matang untuk menjadi rezeki kami!
Pak Aji meninjau lagi mana-mana daun yang perlu dibuang
agar sakitnya terkawal.
Apa yang merisaukan Mak Aji - apabila kulit/kelopak jantung pisang gugur ke bumi, lekuknya itu menakung air! Apabila air bertakung, maka adalah pihak yang mengambil peluang untuk bertelur! Maka sentiasalah mengawasi laman kita agar sentiasa bebas daripada nyamuk Aedes!:


Hujan semalam yang menyebabkan air bertakung!
Cepat-cepat Mak Aji buang agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk - cukuplah sekali disapa demam Denggi!



Monday, 28 April 2014

Pisang Nan Setandan

As-salam.

Sewaktu kami menambah ruang santai di beranda belakang, kami terpaksa mengorbankan banyak pokok pisang yang hidup subur di situ (tentunya kepentingan tuan lebih diutamakan, namun berasa sedih juga!). Ada seketika enam pokok berbuah sekaligus - enam tandan!! Setelah semua pokok berbuah kami mula memindahkan anak-anak pokok ke sudut lain laman. Ada juga anak pokok diberikan kepada jiran sebelah dan pokok itu sudah pun beranak-pinak dan sudah juga berbuah.

Setelah beralih tahun barulah pokok pisang abu/kebatu kami mengeluarkan hasil di tempat baru. Ini rupa tandan pertama, alhamdulillah!:

Pisang abu tandan pertama.




Wednesday, 30 October 2013

Puas Menggayakan Pisang

As-salam.

Beberapa hari lepas sekembalinya Pak Aji dari Surabaya, terus dikerjakannya pokok pisang (dengan bantuan Hamzah tentunya). Buahnya sudah mula masak di pokok sepeninggalannya dan pokoknya juga sudah mula layu (begitu rupanya perangai pokok pisang ini ya! - baru kutahu!). Inilah hasil daripada setandan pokok pisang abu:

Yang masak sudah mula dimakan tupai agaknya!
Ini ada lagi!
Sempatlah Mak Aji bawa pisang ke Skudai untuk anak cucu (macam orang tua-tua dulu-dulu, kan, bawa ole-ole hasil tanaman dari kampung untuk anak-anak di bandar! (tua sangatlah pula rasanya diri ini!) 

Selebihnya ada yang direbus (yang masaknya) dan untuk kali ini Pak Aji tuang madu, kicap serta ditaburnya keju parut (mozarella saja yang ada) - sedap juga ya semasa pisang masih panas-panas!

Pisang juga dibuat pengat dan dibuat pisang goreng. Pisang masih ada lagi tetapi Mak Aji sudah ketandusan idea untuk menggayakannya!!

Mabuk pisanglah kami ya!



Friday, 29 March 2013

One Down, More to Come!

As-salam.

Akhirnya penantian berakhir - setandan pisang abu diturunkan Pak Aji petang tadi. Jangan selepas ini mengadu sakit pinggang lagi, sudah! Ini dia Pak Aji dan pisang serta pokok pisang kami:

Setandan pisang abu.
Pak Aji menyelesaikan batang pisang setelah mendapatkan pisangnya.
Tingginya melepasi bumbung beranda belakang!
Umbi pisang yang sepemeluk saiznya!
Maka bermulalah kenduri pisang!!



Saturday, 9 February 2013

Update Pisang Lagi

As-salam.

Kalau dalam beberapa entri lalu Mak Aji kata ada tiga tandan pisang sedang berbuah, rupa-rupanya ada empat kesemuanya! Ini dia:

Ini tandan pertama yang akan matang dahulu.

Tandan kedua.
Tandan ketiga.
Tandan keempat!

Jenuhlah makan pisang nanti!!


Wednesday, 16 January 2013

Update tentang Pisang

As-salam.

Mak Aji hendak tunjukkan foto update pokok pisang yang berbuah beberapa bulan lalu:

Lama lagi ke nak matang??
Kata Pak Aji, mahu sebulan lagi baru boleh makan kut? Boleh tahan lama juga ya! Dalam diam dua pokok lagi sudah berbuah juga. Jadi, sedang elok buah dari pokok ini dituai, ada dua tandan lagi dalam waiting list!

Dalam pada itu, pokok pisang lemak manis di sudut hadapan laman sudah matang dan sudah ditebang. Ada dua lagi juga pokok sedang berbuah, cuma belum matang. Berikut foto setandan pisang lemak manis yang sudah dikongsi makan oleh tuan pisang dan juga burung-burung di laman!
Pak Aji sengaja gantung tandan di bawah ini di pergola agar dia boleh memerhati burung!

Pisang lemak manis atau pisang monyet.

Melihatkan pisang lemak manis, teringat pula cekodok pisang menggunakan pisang ini! Cukup sedap sebab memang manis semulajadi, tidak perlu tambah gula sebanyak biasa.





Thursday, 22 November 2012

Pisang Berbuah Lagi

As-salam.

Pagi ini Pak Aji tunjukkan pokok pisang belakang rumah yang berbuah lagi. Sebenarnya sekarang ada lima pokok besar yang menunggu untuk berbuah dan ini yang pertama berbuah. Selebihnya anak-anak pokok yang bakal dipindahkan ke sudut hujung depan rumah. Ini kerana tempat pokok pisang sekarang bakal diganti dengan projek lain - entah apalah nanti rancangan Pak Aji.

Kumpulan pokok pisang ini cukup tinggi melepasi bumbung rumah, jadi untuk mengambil foto terpaksalah mendongak dan zoom kamera. Yang menariknya bunga pisang boleh tahan juga cantiknya. Saksikan:

Saiz jantung pisangnya boleh tahan besar!
Ini tandannya lagi.
Ini bunganya, cantik kan!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...