About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label bunga lili. Show all posts
Showing posts with label bunga lili. Show all posts

Wednesday, 1 April 2015

Mengubat Rindu

As-salam.

Lama sangat rasanya Mak Aji tinggalkan blog. Umpama berkurun lamanya! Mak Aji selama berpergian hanya berkomunikasi melalui media sosial lain seperti FB dan juga Instagram. Meraka yang berkawan dengan Mak Aji di situ sahajalah yang mengetahui perkembangan Mak Aji.

Mak Aji sebenarnya menghadapi masalah skrin komputer yang sering gelap secara tidak semena-mena. Setelah anak bujang Mak Aji mendapat tahu punca masalah, dia pula agak sibuk dan Mak Aji juga agak sibuk sehinggakan blog tinggal berhabuk! 

Alhamdulillah setelah anak Mak Aji menggantikan suatu kabel, masalah selesai. Kabel tersebut tidak sampai RM20 pun harganya (termasuk GST!) Harga yang begitu murah untuk membayar waktu yang hilang untuk berblog!

Apapun Mak Aji paparkan beberapa foto bunga-bungaan di laman untuk tatapan anda:

Bergugus mewangi si bunga kemuning/murraya.
Bunga bakung/lili putih.
Bunga bakung/lili pic berjalur.
Bunga entah apa ke benda - hakisan memori!
Bunga raya merah berbatik putih dan dua tingkat.



Wednesday, 21 January 2015

Yang Putih Berseri

As-salam.

Mak Aji mahu kongsikan foto sejenis bunga lili/bakung yang sedikit unik, belum pernah Mak Aji lihat sebelum ini. Bunga ini Mak Aji temui semasa Mak Aji dan Madihah berjalan ke rumah ustazahnya di Pasuruan, Surabaya tempoh hari. Jom tengok:

Unik bukan, kelopaknya bergulung ke belakang! Putih bersih warnanya!

Apabila kembali ke rumah pula Mak Aji disambut si putih berseri juga, si bunga raya putih (pun yang tidak kurang cantiknya):


Si putih bersihku.




Friday, 11 July 2014

Kembang Pagi

As-salam.

Pagi ini cuaca mendung, sedang elok sangatlah untuk Mak Aji turun ke 'ladang' tanpa berpanas. Menjelang jam 9 alhamdulillah semua kerja-kerja menyiram siap! Kuranglah sedikit peluh yang memercik. Tenaga perlu disimpan untuk menyediakan juadah berbuka pula! 

Pokok lily/bakung nan sepokok yang ditanam di laman sudah beberapa kali berbunga tetapi dengan cuaca yang panas ini pokoknya agak kurang subur. Namun begitu gembiralah hari ini apabila pagi ini bunganya kembang segugus!:

Comel, kan! Teringat pula pokok yang lebih kurang sama yang Diana dari blog KBB tunjukkan tempoh hari.
Mari Mak Aji tunjukkan benih pokok ini yang sudah bertunas setelah dibiarkan di pangjkal pokok ini:

Hah, selonggok kau!
Nanti Mak Aji kongsikan dengan Diana ya! Lama betul tidak bersua muka, rindu pun mula bertandang (aiseh man!).

Selain lily ni, ada pula pokok pemberian kawan lain yang menunjukkan kembangnya. Entah apa bunga ya, cosmos ke apa?? Ini bunganya:

Cantik pulak dia, kuning dengan belak-belak merah!
Ini pokoknya.




Friday, 4 April 2014

Benih Bunga Lilikah Ini??

As-salam.

Pokok lili yang di laman sudah dua kali berbunga dan setiap kali sebelum berbunga akan keluarlah benda ini:

Semacam biji getah juga ada!


Berikut bunganya:





Sekiranya ada sesiapa yang tahu adakah biji-biji ini benihnya atau apa, mohon maklumkan ya! Setahu Mak Aji pokok lili ini jenis bebawang dan biasanya kalau bebawang kita asingkan bebawang untuk menghasilkan anaknya?!




Wednesday, 12 February 2014

Pokok Lili

As-salam.

Pokok lili Mak Aji berbunga lagi. Cukup cantik kembangnya. Pernah ada kawan blogger bertanya sama ada bunga ini wangi atau tidak. Mak Aji sudah menghidunya - tiada bau. Rupa sahaja cantik! 

Entah apa jenis lily Mak Aji tidak tahu!? Perhatikan hujung filamennya berwarna ungu!

Ini pula (Mak Aji agaklah) biji benihnya - ada beberapa biji. Bolehlah nanti disemai lagi pokok ini.
Ini yang bercerai dari tangkai gara-gara tupailah agaknya?


Saturday, 16 November 2013

Semoga Makmur di Rumah Baru

As-salam.

Seperti biasa, pokok yang agak-agak sudah besar sangat di dalam pasu terpaksalah dipindahkan ke tanah agar lebih subur. Yang belum berbunga pula agar berbunga. Jangan sebaliknya yang berlaku sudahlah. Berikut antara yang dialihkan ke rumah baru:

Ruang yang lebih besar sudah disediakan, maka belajar-belajarlah berbunga pula ya!
Harap pokok lili ini akan berbunga lagi.
Pokok lili semasa baru dibeli dahulu. Ini rupa bunganya yang agak unik.




Friday, 29 March 2013

Kembang di Laman

As-salam.

Lama sungguh rasanya blog ini bersawang. Antara lainnya Mak Aji kurang sihat selepas balik dari menziarah anak, juga sakit badan sebab terjatuh gara-gara mengikat money-plant ke pergola - baru sahaja diperbetul penjajaran diri semasa balik kampung beberapa hari lepas. Ini dia money-plant yang 'bertuah' itu:

Nampak tidak tali rafia yang mengikat money-plant ke tiang melintang pergola? Money-plant bertuah, tuannya sahaja yang tidak!
Alhamdulillah kesihatan sudah kembali pulih untuk kembali bersiaran. Jom kita layan beberapa foto bunga yang sedang kembang di laman:

Bunga kaktus dari dekat. Baunya sedikit busuk sehinggakan menarik lalat untuk hinggap!!
Kembang pertama pokok kemboja di pasu.
Bunga melur.
Kembang kemboja segugus.
Lili putih baru kembang.
Perhatikan pollennya dari dekat!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...