About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 16 November 2013

Semoga Makmur di Rumah Baru

As-salam.

Seperti biasa, pokok yang agak-agak sudah besar sangat di dalam pasu terpaksalah dipindahkan ke tanah agar lebih subur. Yang belum berbunga pula agar berbunga. Jangan sebaliknya yang berlaku sudahlah. Berikut antara yang dialihkan ke rumah baru:

Ruang yang lebih besar sudah disediakan, maka belajar-belajarlah berbunga pula ya!
Harap pokok lili ini akan berbunga lagi.
Pokok lili semasa baru dibeli dahulu. Ini rupa bunganya yang agak unik.




14 comments:

  1. salam mak aji..yg 1st tu cantik pokoknya,,,,hehe,jenis berbunga jugak ke tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      Itu tiger orchid, memang berbunga tapi Mak Aji punya belumlah berbunga2 lagi. Kalau nak tengok bunganya, sila lihat sini:
      http://greenfingers898.blogspot.com/2013/10/tiger-orchid-yang-menawan-hati.html

      Delete
  2. salam mak aji, mmg selesa nmpk rumah baru tu...pasni tentu pokok mak aji akn bebunga berbaloi2 tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Harap2 begitulah hendaknya! Dah diberi rumah baru kalau tak nak berbunga juga tak tahulah....

      Delete
  3. kat rumah mak saya ada pokok tiger orchid ni...tapi x pernah berbunga walau dah letak sebungkus baja bunga. mohon tips mak aji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      Mak Aji pun mengadapai masalah yang sama, masih belum berbunga-bunga lagi dia ni. Mak Aji beri rumah baru ni dengan harapan agar mahulah dia berbunga apabila berada di tanah dan tidak lagi di pasu! Tiger orchid di rumah pak cik Mak Aji ditanam di tanah dan dia yang sarankan agar ditanam di tanah agar lebih subur.

      Delete
  4. Salam, Baru pindah pun nampak sihat.. Moger terus berbunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pedasdanmanis,

      Pokok ni memang subur dalam pasu pun cuma tak mahu berbunga dia ni. Moga lepas ni keluarlah bunganya.

      Delete
  5. cantik rumah baru tu...siap bata merah lagi...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Mak Aji perhabis bata merah lebihan buat 'lantai' kerusi batu di laman, boh aja jadikan flower bed dia, senang nak boh baja nanti. :)

      Delete
  6. Suburnya pokok tiger orkid tu Mak Aji....semoga berbunga sakan lepas pindah rumah baru ni....insyaAllah,aamiinn....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynna,

      Begitulah juga harapan Mak Aji, agar berbungalah dia, aminn!

      Delete
  7. Assalam mak aji,

    saya selalu dengar pasal pinch pokok untuk paksa dia berbunga dan keluar tunas baru. Ada tak mak aji try? saya mcm nk try untuk pokok bunga rose saya....tp mcm tak sampai hati pulak. hehe....tak sabar nk tgk tiger orchid mak aji....updated tau. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Pinch pokok belum pernah try lagi, cantas/trim dahan adalah. Untuk pokok ros Mak Aji biasa potong ranting setelah selesai keluar bunganya agar keluar tunas baru dan berbunga lagi. So far ok. Insya-Allah kalau berbunga nanti tentu ada updatenya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...