About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 28 November 2013

Too Close for Comfort

As-salam.

Petang semalam ketika Mak Aji keluar dari bilik Madihah yang bersebelahan ruang keluarga selepas menidurkan Aleesya, Mak Aji ternampak seekor anak ular hitam menjalar ke bawah sofa. Mak Aji terus melompat ke atas kerusi di hadapan TV dan menelefon Pak Aji untuk memberitahunya. Dia keluar ke Taman Tun Dr. Ismail dan sementara dia balik disuruhnya Hamzah (yang biasa datang membantu kerja-kerja di laman) untuk memburu ular itu.

Beginilah rupa anak ular senduk itu, hitam pekat!

Sumber foto: tripwow.tripadvisor.com
Hamzah dan isterinya, bersenjatakan dua batang kayu serta lampu suluh menyelongkar semua ruang dan bilik. Setelah dua pusingan dibuat, ular masih tidak ditemui. Mak Aji enggan masuk ke dalam rumah dan tetap duduk di atas buai di porch dengan meriba Aleesya.

Pada pusingan kali ketiga barulah Hamzah keluar dengan seekor anak ular hitam di hujung kayunya. Ular ditemui di sebalik pintu bilik tidur Mak Aji! "Anak ular senduk," katanya! Setelah selesai bangkai ular ditanam Pak Aji baru sampai balik. 

Pak Aji ada berkata bahawa pokok bunga Mak Aji di tepi rumah menjadi laluan masuk ke rumah. Begitu juga dengan pokok kacang botor yang hanya sekaki dua dari tingkap ruang makan di sebelah dapur. Nampak gayanya adalah nanti pokok bunga yang akan terpaksa dipindahkan dan kemungkinan besar pokok kacang botor akan di'bunuh' juga!

Buatlah apa yang patut agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi!! Takut wei!

Pak Aji kata ular menjadikan ini laluannya, sebab merimbun dan sejuk!
Kacang botor pun terlalu dekat dengan rumah! Pun ada longgokan daun kering serta barang-barang lain yang belum dikemas betul-betul. 


16 comments:

  1. uishh...mak aji...bahaya tu...nasib baik dah ditemui kan....semoga semuanya ok2 sahaja ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Siti Hadijah,

      Alhamdulillah bertemu juga akhirnya, kalau tidak rasanya takut nak masuk ke rumah lagi! Insya-Allah ok selepas itu!

      Delete
  2. Salam, mak aji.. betul tu keselamatan keluarga lagi penting.. pengajaran buat kami juga supaya berjaga2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pedasdanmanis,

      Betul tu, kita kena lebih berhati-hati agar kita tidak terjumpa benda macam ni!

      Delete
  3. salam mak aji..ular senduk berbahaya jugak tu,,,org kata tabur belerang ular takut,.sy pun dulu2 ada pengalaman ular masuk rumah,,memang tak senang duduk lah,,bertarung bapa saya dengan ular sebesar lengan,,rumah kt kg dulu ada paya dekat rumah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      Mak Aji ada dengar pasal belerang tu, memang nak kena beli, cuma belum beli lagi. Mak Ai, sebesar lengan, besar tu! Seramnya!

      Delete
  4. Bisa tu ular Senduk...ni dh musim hujan sejuk2 lagi lah..suka bersiar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Mak Aji ada ternampak katak masuk sampai ke bilik air. Ular tu masuk nak kejar katak tu kot? Sekarang pantang nampak benda hitam terbayang aja benda tu!

      Delete
  5. wah bahayanya...nasib baik ternampak and dapat ditangkapkan.ular senduk lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,

      Alhamdulillah dapat ditangkap juga akhirnya! Jangan ada lagi selepas ini, insya-Allah!

      Delete
  6. Syukur takde apa-apa.. saya geli tengok ular..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aizamia3,

      Alhamdulillah kami ok. Mak Aji bukan sahaja geli malah amat takutkan benda tu!

      Delete
  7. Seramnyaaaaaaa mak Ajiiiiiii......saya mmg takot & geli dgn ular ni.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynna,

      Samalah kita!! Ular ni salah satu haiwan yang paling Mak Aji takut! Terbayang aje ular ni nak strike kita, haisyy!!

      Delete
  8. Ngerinya tengok. Ular tu walaupun kecik berbisa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Begitulah katanya, kecil tapi cukup berbisa. Yang seramnya kalau ada anak, tentu ada maknya, kan?!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...