As-salam.
Dalam keseronokan melihatkan tanda-tanda pokok anggur akan menghasilkan buah, Mak Aji dan Pak Aji ingatkan biji-biji pada tangkai pokok itu buahnya! Memang nampak macam buah pun! (DI SINI)
Sebenarnya Mak Aji sebelum itu sudah terdetik di hati - "buah ke bunga ke??" Kata Pak Aji - "buahlah tu, nampak tak biji-bijinya!" Mak Aji pun ok sahajalah, kalau sudah buah, buahlah tu. Beberapa hari lepas semasa menjenguk lagi pokok itu, rupa-rupanya keluar pula bunganya.
Pada hari ini pula buah yang sebenar barulah keluar! Ini rupanya:
Pada hari ini pula buah yang sebenar barulah keluar! Ini rupanya:
Yang hitam-hitam itu kesan kelopak bunga anggur yang berambu-rambu seperti rambu bunga jambu air. |
Alhamdulillah buahnya muncul juga dan semoga buahnya bakal membesar dan bakal manis juga, insya-Allah!!
Catatan: Sekadar peringatan kepada diri sendiri - saiz buah masih amat kecil lagi dan tidaklah sebesar mana. Foto merupakan close-up!
wah ada anak anggur di laman mak aji...tak tahu pun terlepas pandang kut entry sebelum ni...in shaa allah doa-doa berjaya complete jadi buah yang besar...cuaca sekarang pun tak lah panas sgt kan?
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeletePokok ni sebenarnya dah 3 kali berbuah sebelum ni tapi baru pertama kali nilah kami dapat lihat buahnya, Sebelum ni buah gugur tanpa kami sedar sebab tak nampak di sebalik jaring hitam atas pergola. Amin!! Harapan Mak Aji pun begitu juga!
assalam mak aji. waaaa, mak aji pun ada pokok anggur..bestnya. nanti update cara penjagaannya yer. saya pun baru tanam kali kedua..
ReplyDeleteSalam Maszz,
DeleteMak Aji ada sepokok je anggur ni. Yang dibuat cuma siapkan paranya yang jarang2 palangnya (Mak Aji pakai besi) supaya bila berbuah nampak dek mata (dulu tak nampak hingga jatuh begitu saja, tak perasan). Sesekali boh baja. Oh ya, untuk galakkan dia berbuah, (ikut petua Rose dari blog Semua Menjadi), cantas dahannya hingga tinggal yang keras coklat sahaja untuk galakkan pertumbuhan tunas. Maszz boleh rujuk blog Rose! Dia memang dah berjaya menghasilkan buahnya!
Oh ya Maszz, kali pertama tak menjadi ke??
Deletesalam makji
ReplyDeletedah berbuah yer anggur idaman nie..harap2 menjadilah..manislah..nanti bila balik nanti nak gi ngendeng buah anggur makji, boleh? hehe
Salam Ummuaidan,
DeleteAlhamdulillah sudah akhirnya! Harap2 begitulah! Marilah ngendeng, bukan setakat anggur Mak Aji relakan! Nanti kita makan nasi ngan budu ya, (tentunya dengan ulam-ulaman dari laman!) he he!!