About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 23 October 2013

Kembang Sudah Bakawaliku!

As-salam.

Akhirnya bakawaliku kembang sepenuhnya menjelang jam 12 malam ini. Saksikan keajaibannya:

Beginilah warnanya secara semulajadi (tiada flash digunakan).
Warnanya sedikit kekuningan apabila disuluh dengan lampu dari telefon bimbit.
Selesai sudah penantian untuk malam ini. Dalam beberapa minit lagi akan layulah bakawaliku. Walaupun kembangmu seketika cuma, namun keindahan rupamu serta harummu akan sentiasa terakam dalam ingatan! 


Begitu intricate bahagian dalam kelopak bunga ini - harum baunya!!



15 comments:

  1. oh kejap jer kembang nyer yer mak aji, malam plak tu.. kat rumah saya ada juga pokok ni n haritu berbunga, duk tunggu juga dia kembang sebab org cakap bunga ni wangi sangat.. selalu duk tengok dia melurut ke bawah jer, last2 dah layu n kering.. rupa-rupanya camni sifat dia.. tq mak aji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Siti,

      Kalau gitu gayanya memang terlepaslah tu peluang melihat dia kembang di tengah--tengah malam! Lepas ni bila dah nampak rupa macam nak kembang tu, stand-by je malam tu. Bunganya takdelah wangi sangat, cuma wangi lembut, nyaman je. Sama2.

      Delete
  2. salam mak aji,
    MasyaAllah comei nyer mak aji...meme dia tunggu pukul 12 mlm baru kembang? meme ajaib! tq mak aji berkongsi imej real ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Mak Aji pun seronok apabila dapat kongsi! Memang ajaib sekali!

      Delete
  3. Bila dah berkembang penuh ni nampak cantik sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Alhamdulillah memang cantik sangat, kalau yang belum tanam patut tanam ni!

      Delete
  4. wah cantik yang amat...worth menunggu kembang nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Memang berbaloi berjaga menunggunya! Malam tadi jam 1 baru masuk tidur!

      Delete
  5. waduh2 nak kena tunggu mlm baru kembang ye Mak Aji....cantik....saya tak pernah tgk live lg bunga ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynna,

      Dia memang dera kita untuk menikmati keindahannya, he he! Apapun it was well-worthed! Lynna tengok entri ulang tayang, boleh tengok perkembangannya sejak petang semalam sampai ke pagi ni! Enjoy!

      Delete
  6. Tahniah kak....dapat juga tengok ya...tapi mmg cantik dan berbaloi menunggu...

    ReplyDelete
  7. Assalam mak aji,

    wow terkesima saya yang tgk ni.....sangat cantik kembang semerbak pulak tu. cantik...~~~ tak sia2 menunggu sampai pukul 1. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Ibu Qis,

      Memang berbaloi berjaga malam dek kerana cantik dan harumnya bunga ni!

      Delete
  8. kat mana boleh beli benih dia kak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...