About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 28 May 2014

Tuaian Mangga Lagi Besar!

As-salam.

Semalam Pak Aji terpaksa memetik lagi dua biji buah mangga yang cukup matang. Mari kita lihat berapa beratnya!:

Berat yang amat buahnya yang ini!
Yang pertama beratnya 2.1 kg!!! Record high!
Yang ini kecil sedikit.
Mangga kedua cuma 1.4 kg.
Nampak gaya perlu beli penimbang pasar malamlah pulak!
Setakat ini, mangga semalam yang paling berat, 2.1 kg. Apapun mungkin ada lagi yang akan mengatasi berat ini, mana tahu?? Masih ada lagi buah lain yang belum dipetik di pokok!!!




16 comments:

  1. Assalam mak aji,

    humang aihhhhh...besar nye. 2 kilo mcm boleh buat sejug air mangga dah. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      He he, memang boleh sesangat, jag besar pulak tu!

      Delete
  2. Salam mak aji'

    menjadi sungguh mempelam mak aji ni...dah masak ka tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Yang baru petik ni belum cukup masak lagi. Pak Aji ada sebut suruh dibikin kerabu mangga pula.

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Mak Aji... rumah kakak pun ada mangga besar ini tapi jiran kakak yg bagi. Rumah dia baaaaanyak buahnya sampai tak mampu dia nak menyarung. Yg sedihnya bebudak lalu tepi pagar petik sebab mereka tengok dah besar tapi sebenarnya masih muda..

    Kalau dah tua betul kulit dia lain dan bijinya dah tak putih lagi (keras). Kalau yg mudah buat kerabu best tau Mak Aji - rangup:)

    Sekali kopek ini mahu satu mangkuk besar kan. Puas kalau setakat Mak Aji makan dgn Pak Aji aje hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Kakzakie,

      Sama keslah dengan mangga ni kat rumah kakak sulung Mak Aji kat KB. Pokoknya besar tinggi sampai tak tersarung buahnya. Jadi kebanyakan buahnya terpaksa dipetik muda sebab sudah disuntik lalat buah. Kalau tunggu masak alamat ada ulatlah.

      Buah ni memang besar sampaikan nak kopek pun payah. Kalau buah mangga biasa kita letak di tapak tangan, yang ini kena letak atas papan potong, tak terpegang besarnya. Memang ya, sepinggan besar yang lonjong tu! Itu yang kena kopek ketika anak2 ada kat rumah, tidak karang tak terhabis kami berdua makan!

      Delete
  4. Besarnya buah tu sampai 2 kg lebih!

    Kalau buah tu kuning sikit hampir nak masak buat cicah2 gamram belacan sedapnyaaa...nasib baik saya tak mengandung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Memang dah puas kami makan garam belacan (orang Kelantan sebut makan colek). Kalau mengandung dan mengidam boleh datang ambik buahnya!

      Delete
  5. Mcm mnr la nk potong ni besar2 mcm ni...hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Itulah dia, Mak Aji ngan Pak Aji asyik bertolak-tolak suruh masing2 kopek sebab susah sikit nak kopek. Kena letak atas papan potong baru boleh kopek. Tak terpegang besarnya! Dah besar payah pulak ya, he he!

      Delete
  6. Seronoknya tengok dapat petik dari pokok yang ditanam sendiri..mmg puas hati bila menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Chot,

      Mak Aji dan Pak Aji bertanam sikit pokok buah, sayur serta pokok bunga. Kami kedua2nya pencen pilihan semasa masih belum cukup tua sangat lagi, jadi insya-Allah masih ada kederat nak bertanam, he he! Kepuasannya hanya orang yang bertanam dapat betul2 merasakannya. Hasil tanaman juga lebih sedap, manis berbanding yang dibeli. Yang pasti tiada racun yang digunakan. Boleh petik terus makan sahaja!

      Delete
  7. Assalam Mak Aji..

    Subhanallah...besarnyer buah dia... kalau saya, sebijik yg saiz biasa tu pun terkial2 nak abiskan...

    esok2, kalau saya dah pindah sendiri..bleh la beli dari mak aji benih dia yer... kalau saya umur panjang la..insyaallah..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Juls,

      Memang kami pun kalau sebiji satu keluarga besar kami kendurikan! Insya-Allah Pak Aji ada buat tut pokok ni. Bila2 nanti ya!

      Delete
  8. salam mak aji dekat mana yer nak dapatkan anak pokok mangga mahathir.puas cari tp kbnykn xda yg jual.tlg msj sy blh kalau mk aji ada jual ank pokok atau tahu kat mana nk beli .014-5455976

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mamat,

      Maaf lambat balas, terlepas pandang pulak. Pak Aji ada buat tut pokok ni untuk mendapatkan anaknya. Insya-Allah kalau menjadi akan adalah anaknya nanti.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...