About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 13 May 2014

Ini Baru Kacang Panjangggggg!

As-salam.

Benih kacang panjang Mak Aji peroleh daripada saudara Pak Aji sudah agak lama. Pertama kali Mak Aji tanam dalam kotak polisterin dan Pak Aji siapkan para yang cukup teguh agar kacang panjang tumbuh bagai johan. Malangnya pokok kacang teruk diserang leaf-miner sehingga gagal diselamatkan. Pokok ke mana, kacang panjangnya lagilah entah ke mana!

Sekali gagal Mak Aji cuba lagi tanam kacang panjang di pasu plastik yang panjang. Apabila pokok mahu memanjat Pak Aji ajar pokok memanjat para anggur (suka sangat Pak Aji akan konsep berkongsi - Mak Aji tahu dia malas nak buat para lain, he he!). Apapun setelah pokok kacang panjang segan (agaknya) apabila kacang panjang renek berbuah, maka dia pun ikut sama berbuah. Saksikan:

Panjangnya mencecah 22.5 inci!!
Tanamnya dalam pasu sahaja!
Siapa kata anda tidak boleh berkebun jika ruang laman atau jika saiz balkoni rumah anda sempit? Kalau Mak Aji boleh tanam kacang panjang dalam pasu sahaja, tentu anda boleh juga, kan!! Jom kita bertanam!



2 comments:

  1. Assalammualaikum Mak Aji.
    wow panjang nye..ini baru kacang panjang. alhamdulillah.Luas benar halaman tempat bercucuk tanam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaukumussalam Puteri,

      Kawasan adalah sikit cukuplah untuk bertanam sikit2. First time kacang panjang menjadi ni, tu yg excited lebih, panjang pulak tu!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...