As-salam.
Baru sebentar tadi Pak Aji menuai 2 biji buah mangga Mahathir (entah ya entah tidak namanya tu?!). Berat setiap satu hampir mencecah 2 kilo!:
|
Alhamdulillah cukup besar buahnya! |
|
Kecil sahaja Note 3 apabila dibuat perbandingan. |
|
Sebiji hampir mencecah 2 kg! |
|
Cuba lihat ni! |
|
Sebiji lagi 1.8kg. |
|
Yang ini kecil sedikit berbanding yang pertama tadi. |
Anak Mak Aji serta isteri dan Aleesya ke rumah emak mentuanya di Serdang dan nampak gaya rezeki merekalah buah mangga yang beratnya 1.8kg itu! Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki. Harap-harap bila masaknya cukup manis, insya-Allah!
Mangga yang hampir 2 kg pula insya-Allah habuan kami sekeluarga. Perlu diperam lagi sehari dua agar cukup masak. Harap-harap manislah juga, insya-Allah!
Besar betul..sampai senget penimbangnya
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeleteMana tak senget, penimbang pun cap ayam je, he he!
World record ni Mak Aji....
ReplyDeleteSalam Normala,
DeleteHe he, rasanya world record 2.5 kg, mangga dari Filipina dengan lebar 30cm dan panjang 50cm, baka Florida Keitt! (tahun 2010).
Jelezzzzzzsssnya saya!!!
ReplyDeleteSalam Rose,
DeleteJangan jelezzzzzzss ya!
Assalam Mak aji,
ReplyDeletehumang aiiii besar nye mangga yang mak aji tanam. bila timbang sampai naik senget penimbang x dapat menahan beban berat. Tahniah mak aji. :)
Waalaikumussalam Ibu Qis,
DeleteAlhamdulillah, terima kasih! He he, senget penimbang yang tak sepertinya tu!
Assalam Mak Aji... Ada kebarangkalian mangga ni sama dengan yg ada kat kuarters lama arwah MIL dulu..
ReplyDeleteSaiz tekoh.. sayang dulu tak minat kumpul benih... tumpang seronok
Waalaikumussalam Mar,
DeleteOh ya ke! Mak Aji dapat respons daripada kawan2 yang memaklumkan mangga ni mereka kenali dengan mangga Datuklah, macam2. Cuma setakat ni belum ada yang betul2 boleh bagi ID-nya.