As-salam.
Malam tadi hujan lebat alhamdulillah, jadi kerja menyiram tidak perlu dibuat pagi ini. Dalam pada seronok sebab ada lebih masa untuk membelek pokok, Mak Aji terus geram melihatkan ini:
|
Wah, cukup seronok lagi kau bergayut ya! Padanlah pokok ati-ati hidup segan mati tak mahu ya! |
Setelah dapat tangkap seekor, maka bermulalah misi mencari saudara mara lain siput di bawah pergola! Usai selesai misi tersebut, maka terkumpullah sebanyak ini!!
|
Siput babi sekali tangkap dapat sebanyak ini! |
Melihatkan siput ini teringat pula Mak Aji akan entri Siput-siputan
DI SINI tempoh hari. Kalaulah siput sebesar ini boleh dimakan, alamat kenyang kami untuk makan tengah hari ini! Teringat juga Mak Aji akan orang Perancis yang makan
escargots ni, seperti dalam foto di bawah, yang dianggap agak eksotik!
|
Escargots - nampak sedaplah pulak ya! |
Sehat2 nya mak aji...:p
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeleteApa tak sihatnya, habis pokok dikerjakan!
Siput besar ni dah jarang nampak dekat KBB mungkin sebab ada ayam-ayam yang rajin tolong meronda.
ReplyDeleteMungkin Mak Aji kena bela ayam kut :P .
Salam Diana,
DeleteDulu memang ada bela ayam tapi sekarang dah takde lagi. Frust sikit sebab ayam jantan hilang entah ke mana. Masa beli tu mahal boleh tahan harganya sebab 'hensem!' (sebagai ayamlah, he he).