About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 6 May 2014

Anggur Nan Setangkai

As-salam.

Sedikit up-date tentang anggur nan setangkai/segugus yang menghiasi laman Mak Aji. Kata kawan blogger, kalau musim hujan buah anggur akan masam - harap-harap apabila buahnya matang nanti sudah bertukarlah musim ke panas. (Entahlah kalau mahu disebut musim panas atau hujan sebab kalau siang cuacanya cukup panas - menggeletik kami di dalam rumah! Apabila masuk ke bilik untuk tidurkan si Aleesya, pendingin hawa dipasang, sejuk nyaman sampai tertidur sekali neneknya! Keluar sahaja bilik, terasa bahang menghinggap muka, terus sentap sakit kepala, berdenyut-denyut! Petang pula hujan, kadang selebat-lebatnya semacam musim tengkujuh pula). Jadi sekarang ini musim panas ke musim hujan ya?? Allahualam! 

Ok, ok melalut pulak. Kembali ke cerita asal. Ini foto anggur nan segugus:

Rezeki kamikah ini nanti ya? Harap-harap begitulah!
Bukan sahaja diharapkan agar buahnya menjadi, malah kalau boleh manislah kamu ya, insya-Allah!!



2 comments:

  1. Bahagianya tengok orang tanam anggur menjadi. Kalau saya, masam pun tak apa, asal naik buah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Normala,

      Jomlah tanam, tak susah sangat kalau sekadar nak naik buah, kalau nak yang manis tu lain cerita, he he! Mak Aji pun nak kena buat banyak kerja kat anggur ni, nak kena trim apa2 yang patut, dah menjalar2 jauh dah, cuma sekarang petang2 kekangan sebab cuaca, asyik hujan petang, jadi terbantut sikit kerja di laman.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...