As-salam.
Mak Aji pernah mencuba bertanam terung tetapi entah mengapa percubaan pertama gagal sebab pokonya mati. Percubaan kedua alhamdulillah berjaya. Pokok pertama pula sudah belajar berbunga. Cantik pula bunga terung ya!:
|
Cantik manis warnanya, lilac! Entah akan menjadi buah entah tidak? |
|
Ada tiga pokok kesemuanya. Lihatlah daun yang dikerjakan entah apa serangga! |
|
Bunga trumpet besar juga menunjukkan serinya. |
|
Cukup cantik dan meriah sekali, tapi entah apa nama bunganya ya?? Pokoknya pemberian orang - siap berbunga lagi! Terima kasih banyak-banyak! |
|
Muraya atau kemuning juga tidak mahu kalah |
|
Bunga kertas yang ceria dan meriah warnanya. |
|
Di salah satu sudut laman. Spider plant yang menjadi saiz gergasi di bawah teduhan polycarbonate ini. |
Last but not least, buah anggur yang menunggu masaknya!:
|
Anggur yang menunggu matang! |
Seronok melayan diri di laman menghijau, dihiasi bunga-bungaan sambil menghirup udara pagi yang segar dan bersih, alhamdulillah!!
No comments:
Post a Comment