About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 11 May 2014

Yang Kembang di Laman

As-salam.

Selamat berhujung minggu semua! Dalam sehari dua ini kerja berkebun hanya boleh dilaksanakan pada waktu pagi sahaja sebab waktu petang biasanya hujan turun, biasanya dengan lebatnya. Pagi tadi sambil mengemas laman sempat Mak Aji rakamkan foto bunga-bunga yang sedang kembang menghiasi laman Mak Aji yang tidak sepertinya:

Segugus hydrangeas.
Segugus lagi! Sukanya hati melihatkan kembangnya!
Bunga apa entah, kecil sahaja bunganya. Ungu bunga dan daunnya sekali.
Anthurium merah menyala.
Kaktus baldu kembang setangkai.
Masya-Allah cantiknya formasi kelopak bunga alamanda ini!
Bunga trumpet dibasahi embun pagi.
Mexican petunia.
Bunga kemuning/murraya yang wangi.
Bunga hoya yang menawan hati. 
Bukan sahaja ada bunga di laman, di dalam hati juga ada taman yang berbunga-bunga, he he!



4 comments:

  1. MasyaAllah...lawa nyo hydrangeas tu mak aji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Memang lawa, cuma belum cukup kembang semuanya lagi tu! Saiznya juga taklah besar, sebesar penumbuk Mak Aji je, taklah macam yang dijual kat nurseri tu, mahu sampai sebesar kepala baby! Apapun seronok alhamdulillah!

      Delete
  2. subhanallah... cantiknya bunga hoya tu.... picture pun cantik2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nora,

      Bunga hoya memang cantik dan banyak jenis dan warnanya. Mak Aji cuma ada 2 jenis sahaja, yg ni dan yg merah, belum berbunga lagi. Teringin juga menambah koleksi hoya ni, cuma takut takde org yg rajin nak layan Mak Aji buat paranya je! Alhamdulillah, Mak Aji cuba-cuba berjinak dgn fotografi, hanya guna kamera kompak aje, bukan DSLR pun.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...