As-salam.
Dalam pada membelek-belek pokok di bawah pergola mata Mak Aji terpandang sesuatu berwarna merah pada hujung bebawang pokok Disember! Fireball/bloody lilykah itu??? Lihatkan!:
Tiga pokok Disember - yang atas kiri dari Surabaya dan dua lagi dari EM Nursery. Cuba lihat warna merah pada hujung bebawang itu! |
Ini dia dari dekat - rupa bayang fireball/bloody lilyku! |
Cukup teruja hati ini apabila bebawang yang baru sehari dua kusemai mula menampakkan tanda-tanda akan berbunga! Alhamdulillah setelah menunggu sejak tahun lalu lagi akhirnya penantianku akan berakhir! Jika anda belum pernah lihat bunganya mari Mak Aji kongsikan ya!:
Cantik bukan!!! |
Ingat kan tumbuh batang nya dulu...
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeleteMak Aji diberitahu kalau tumbuh batang, keluar daun ajelah dan kalau nak keluar bunga, keluar bunga terus! Macam magic, kan!! Memang betullah apa yang dikata tu!
berbunga dari batang tanpa daun...cantinya ada bau tak?
ReplyDeleteSalam Sud@ais,
DeleteYa, begitulah adanya. Belum pernah Mak Aji cium bunganya sama ada ada bau ke tidak. Nanti ya, Mak Aji cuba cium bila keluar sempurna bunga ya!
Penantian akhirnya membawa hasil :).
ReplyDeleteSalam Diana,
DeleteHe he, insya-Allah penantian akan berakhir sehari dua lagi - lambat juga nak keluar bunga dan kembang sepenuhnya ya!
Cantiknya!subhanallah
ReplyDeleteSalam Ju,
DeleteMak Aji masih dok menanti lagi bunga yang agak perlahan keluar kembangnya ni! Tak sabar rasanya!
Assalam Mak Aji.. pujaan hati juga ni... oh ni bunga disember yg Mak Aji tunggu dulu ya..EM Nurseri ada jual ya... berapa harganya ?
ReplyDeleteSalam Mar,
DeleteYa Mar. EM Nursery ada jual, RM10 satu bebawang, kos posnya RM7. jJom kita tanam ramai2!