About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 12 August 2013

Bunga Disemberku

As-salam.

Salah satu pokok bebawang yang Mak Aji cukup sayang ialah pokok Disember yang merupakan satu-satunya benih yang ada dalam simpanan. Mak Aji membawanya pulang dari Surabaya beberapa bulan lalu. Yang selebihnya dirampas kastam sebaik sahaja dibuat imbasan di lapangan terbang - hampir gugur air mataku!

Ini rupa bunganya ketika pertama kali Mak Aji melihatnya:

Tambah kapsyen

Atas nasihat Diana dari blog KBB, Mak Aji korek sedikit bebawang itu (yang sebelum ini hampir keseluruhannya terbenam di dalam tanah, seperti foto di bawah) agar akan muncul anak-anaknya nanti. Sehari dua lepas Mak Aji perhatikan perkembangannya (foto akhir):

Pada akhir Mei lepas. Hidup segan mati tidak mahu. 
Seronok melihat perkembangannya!

Besarlah harapan agar pokok ini akan hidup subur, beranak-pinak serta akan berbunga menjelang Disember nanti (kalau tidak berbunga juga, kita tukar sahaja namanya ya!). 



27 comments:

  1. Salam mak aji,

    Saya tolong doakan dia cepat berbunga dan beranak pinak, mesti cantik laman mak aji nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Terima kasih kerana mendoakan, amin!! Itu yang ditunggu-tunggu tu, laman meriah dengan kembangnya bunga Disember!

      Delete
  2. salam mak Aji.
    Bunga Disember ada bebawang rupanya..ingatkan benih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puteri,

      Ya, bentuk bebawang seperti juga jenis lily yang lain.

      Delete
  3. salam mak aji.
    cantiknya bunga disember...terus rasa minat nak tanam bunga juga hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,

      Memang comey Ju, sekali pandang sudah terpikat! Cumanya setakat ni belumlah lagi terjumpa kat nurseri.

      Delete
  4. Salam Mak Aji.
    Bunga Blood Lily ni sedang kembang di kebun kami.
    Moga Mak Aji punya will bloom soon too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Oh juga dipanggil blood lily ya. Yang Mak Aji tahu (rakan blogger juga yang beritahu) fireball lily je! Ada ya kat kebun Diana dan tengah bloom! Alamak, apa hallah pulak nama Disember tu?? Baru bertunas, entahlah nak bloomnya bila?

      Delete
    2. Dia terus berbunga tak keluar daun dulu.

      Delete
    3. Juga dikenali dengan nama berus jamban.

      Delete
    4. Salam Diana,

      Oh ya ke?? Harap2 Mak Aji punya pun terus keluar bunga terus jugalah! Alamak, berus jambanlah pulak, he he, x padan dengan cantik rupanya!

      Delete
  5. Salam mak aji,
    Baru nak tanya sama tak dengan bunga yang tengah kembang kat KBB,Diana dah bagi jawapan =) tapi sekarang baru Ogos.dah boleh tukar nama tu,hehe.tengah tunggu Diana offer bebawangnya gak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NarsHiFa,

      He he, itulah pasal, nampak gaya kena tukar namalah ni! Hai, ramai dah yang minat bunga ni, Diada nak kena simpan stok bebawang ni banyak2 sebab permintaan tengah melambung ni!

      Delete
  6. Assalam mak aji...
    Salam aidil fitri..cantik betul bunganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mazz,

      Selamat aidilfitri, betul tu, cantik ciptaan-Nya!

      Delete
  7. salam raya utk mak aji sekeluarga...bertambah ceria lah yer raya mak aji tahun ni..bunga2 kembang..yg ini disember namanya..tak silap ada yg bg nama bunga bunga api..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Lama betul tak dengar khabar berita! Harap Nadia kembali sihat! Apa khabar si abang Naufal?? Betul tu, juga dipanggil fire-ball lily!

      Delete
    2. alhamdulillah sehat2 semuanya..Naufal pun makin banyak akal nyer..ni tengah mencari-cari idea berblog..seru tak brapo nak mari lagi nih...hihihi

      Delete
    3. Salam Nadia,

      Nak tunggu seru ya, he he! Kenalah tunggu nampak gayanya ya. Mak Aji pun kadang2 xde benda nak share, kontang dan tandus idea. Walau apapun kamera sentiasa bersedia untuk merakam (perasan wartawanlah pulak!).

      Delete
  8. hai.. salam kenal,
    follower no.93
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tenku Butang,

      Insya-Allah Mak Aji follow balik ya! Terima kasih kerana menyertai blog ini!

      Delete
  9. Cantik bunganya, tak sabar nak tunggu bulan Disember.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Mak Aji baru tahu yang bunga ni dah ada yang kembang kat kebun Diana (Kebun Bahagia Bersama), x payah tunggu Disember pun. Nampak gaya Mak Aji dapat salah info, atau mungkin juga agaknya di Surabaya bunga ni kembangnya Disember sahaja, wallahualam!

      Delete
  10. salam makji,
    cantiknya bunga nie kan..kalau banyak2 lagi mmg nampak lg berseri kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      ,emang kalau banyak cantik, tanam sederet!

      Delete
  11. pertama kali melihat dan mendengar namanya...cantik..adakah ia berekembang sepanjang bulan dec je..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Nampak gaya kenalah Mak Aji dapatkan info lanjut drp Diana KBB sebab di ebunnya bunga ni dah kembang, x payah tunggu Disember pun!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...