About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday, 10 August 2013

Jatuh Cinta di Pagi Raya

As-salam.

Belum terlewat rasanya untuk Mak Aji mengucapkan salam aidilfitri kepada semua yang berkunjung ke sini terutama teman-teman blogger tanaman yang dikasihi sekalian! Mak Aji menyusun sepuluh jari sekiranya ada kata-kata Mak Aji yang mengguris hati anda kalian. Mak Aji hanya insan biasa yang tidak sunyi daripada melakukan silap dan salah. 

Hari ini hari raya ketiga dan pagi-pagi lagi kami menziarah pusara arwah ibu Mak Aji yang dimakamkan di Sungai Tua, Selayang, tempat rumah kami yang pertama sekitar 20 lebih tahun dahulu. Rumah serta tapak rumah itu merupakan harta kami yang pertama di Kuala Lumpur (secara tepatnya Selangor, bukan KL pun, he he!). Walau apapun rumah serta tanah tersebut sudah lama dijual kepada penyewa yang menduduki rumah itu. 

Usai menziarah pusara kami berkunjung ke rumah bapa saudara Mak Aji di Taman TAR, Ampang. Bapa serta ibu saudara memang penggemar tanaman, jadi memang seronok berkunjung ke rumahnya (yang paling syok tentunya sebab boleh mengecek sepokok dua!).

Ok berbalik ke tajuk - jatuh cinta apa ya? Ini dia yang Mak Aji jatuh cinta:

Siapa yang tidak jatuh cinta pada heliconia yang sungguh indah menawan ini????

Ini merupakan salah satu daripada heliconia dalam koleksi mereka. Kata bapa saudara mereka membeli benih ini dengan harga RM100 lebih sepokok! Apa lagi, Mak Aji pun mengeceklah sedikit anaknya. Nasib baik ada, sebab sebahagian besarnya anaknya sudah mati. Yang ada tinggal sedikit. Alhamdulillah dapatlah juga, rezeki! 


10 comments:

  1. salam makji..
    asalnya makji orang selangor yer..ingatkan kelate, pakaji jer lah yer..
    heloconia nie kan..bila tgk mmg cam burung btknya..tanam tepi2 pagar mmg elok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Dok eh, meme Kelate pure ni! Wakaf Che Yeh mari! Rumah pertama kami tu rumah yang Mak Aji bina sendiri selepas kahwin ngan Pak Aji, bukan rumah ibu bapa Mak Aji. Punyalah seronok siapkan rumah tu (pakai duit simpanan sahaja, x ambil loan, dan Pak Aji selaku kontraktornya!) sampaikan duit simpanan habis dan kami tak balik kampung tahun tu! Mak Aji jaga arwah ibu di rumah tu dan dimakamkan di situ tanpa bawa balik kampung sebab itu pesan arwah, di mana dia meninggal, di situlah kebumi.

      Betul tu, heliconia, he he, macam burung. Tengah dok fikir lagi nak tanam kat mana ni.

      Delete
  2. Cantiknya!sy pun suka bunga ni.siap buat grill rumah pun pilih corak bunga helicornia ni hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,

      Comey dok, Mak Aji suka warna lembut pink hijau tu, so sweet! Ju buat grill rumah, Mak Aji ada baju kurung batik Kelate yang coraknya heliconia ni, he he!

      Delete
  3. Salam aidilfitri mak aji!
    Lambat saya menyapa sebab baru pagi tadi sapa kelik sini dari kelate & tranung!raya sakan,hehe.kalau ada rezeki nak je gi sambung beraya kat sg. Buloh lak!(rumoh mak aji le tu,hihi).saya baru je kenal heliconia,tu pun ingatkan heliconia ni jenis tegak2 tinggi berbunga macam paruh burung warna kuning,oren atau merah tu.dop tahu pulok jenis tergantung gini.mula2 tengok saya terus teringatkan bangau :-) shantekkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri juga NarsHiFa,

      Wah, seronok kelik Kelate nga Teganu ni! Nak datang beraya silakan aja! Setakat yang Mak Aji tahu heliconia banyak jenis, antaranya yang dipaparkan itu, cukup pelbagai bentuknya, kan.

      Delete
  4. Salam mak aji..
    harap tak lambat nak mengucapkan Selamat Hari Raya! Mintak maaf zahir & batin. maaf jugak lama tak singgah sini :) sibuk sgt raya ni..bkn braya sgt, tpi buat kuih raya melambak..
    Jatuh cinta dgn heliconia ni? Samalh kita..Dya dh lama suka yg heliconia ni. susah nak dpt kat sini. mmg mahal lah heliconia ni.. namanya 'Heliconia Sexy Pink' nama pun cantik kn? Harap2 mnjdi dgn suburnya ye mak aji. Nanti kasi report tang dia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dya,

      Selamat hari raya juga untuk Dya, maaf zahir batin drp Mak Aji! Padanlah lama tak nampak kelibat, pengusaha kuih rupa-rupanya! Takpa sibuk sikit, pastu kocek tebal, he he! Sexy pink rupanya nama dia, memang sexy rupa dan warnanya! Amin, harap2 begitulah. Insya-llah nanti Mak Aji buat report ya!

      Delete
  5. heliconia "Sexy Pink" .. ade benih tak??

    ReplyDelete
  6. Hi Jae Jun,

    Saya adalah satu anak benih, namun masih kecil sangat lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...