About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 12 August 2013

Bunga-bungaan Hari Raya

As-salam.

Raya, rayalah juga, pokok kenalah siram juga! Mak Aji tidak balik kampung, jadi tiadalah masalah pokok kekeringan. Mak Aji percaya rakan-rakan kita yang balik kampung pun bersedia dengan pelbagai kaedah untuk memastikan pokok-pokok kesayangan tidak mati kekeringan!

Pokok-pokok di laman Mak Aji juga tidak kurang daripada tuannya untuk menyambut raya. Ada sebahagiannya cukup meriah berbunga seolah-olah mahu turut serta menyambut kemunculan Syawal. Saksikan:

Bunga trumpet (sebelum ini digelar bunga Nasir sempena tuan punya asal pokok ini) banyak berbunga sekaligus!
Baru kuperasan yang warna kelopaknya rupa-rupanya variegated merah putih!). Cukup menawan!
Harum kesidang sampai masuk ke dalam rumah. Baunya seperti bunga rampai, cukup harum!
Bunga bergugus ini cukup galak sekarang, siap berbuah lagi (dalam entri sebelum ini).


8 comments:

  1. Suci putih di taman Mak Aji nak prepare untuk kenduri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Harap2 masihlah tinggal yang kembang menjelang kenduri nanti.

      Delete
  2. Salam mak aji,
    Saya kelik kelate haritu hajatnya sambil beraya rumah tok nenek dan sedara mara sambil memburu bunga kesidang idaman!tapi hampa..nenek belah ayah pun dah tak tanam,katanya pokok ni dah tak banyak orang tanam x macam dulu,dah ditelan zaman.huhuhu.gambar mak aji share ni yang pertama kali saya tengok bunganya dengan jelas,mekacihhh =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NarsHiFa,

      Pulak dah, boleh out-dated juga ke?? Pada Mak Ajilah pokok ni tetap jadi idaman hati, klasik gitu, evergreen! Mak Aji rasa nurseri Pak Ali kat Skudai tu mesti ada jual pokok ni, bolehlah cuba cari kat situ.

      Delete
    2. Oh ye la Mak Aji,memang ada pasang niat ke situ 1 day.sekarang tengah cari info tepat nak cari jalan ke sana.kalau mak aji ingat lagi boleh share sikit tak routenya.kat blog macam tak cukup info.katakanlah,dari mutiara rini.wishlist saya nak pegi berburu kat situ panjang ni.senduduk biru la,putih la,kemunting la..hehehe.

      Delete
    3. Salam NarsHiFa,

      Mak Aji ada sebut tentang ni dengan anak Mak Aji di Skudai. Dia dok kat Impian Heights. Dia boleh beritahu dengan lebih lanjut. No. hp dia 019 2588541/017 9939932. Cuba call dia ya! Mak Aji dah cakap nak beri no hp kat NarsHiFa.

      Delete
  3. salam makji
    betul tuh raya pun pokok2 nak jgk minum air raya kan..tp yg kebun kat sini kehausan mrk2 nie..hehehe..
    yg warna kuning tuh suka tgk..moga2 dpt memeriahkan kenduri nanti inshaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Siannya pokok2 kat sana tu, dek kesibukan tukang2 kebun dengan baby baru, apalagi raya pulak ya! Bunga trumpet tu memang betul2 nak raya sebab buat pertama kali kembang banyak2! Insya-Allah kalau ada rezeki kembang dengan banyak juga cerialah nanti!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...