As-salam.
Pokok kemboja yang ditanam sebaik sahaja kami pindah ke rumah ini sekitar dua tahun lalu sudah merendang dengan sentiasa menghasilkan bunga berwarna fuchsia. Cukup meriah sekali apabila bunganya kembang. Serumpun dengannya pula pokok ulam juga mengeluarkan gugus-gugus bunga yang kecil berwarna putih, juga alhamdulillah mampu menyeri laman. Seronok tuannya!
![]() |
| Cantik bunganya, cuma daunnya sahaja yang perlu sentiasa dibersihkan - selalu gugur daunnya. |
![]() |
| Semakin banyak gugus bunga yang keluar. |
Kemboja Jepun pula tidak putus-putus berbunga, juga dengan warna yang sama.
![]() |
| Cukup meriah warnanya. |








