About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label taugeh. Show all posts
Showing posts with label taugeh. Show all posts

Tuesday, 13 May 2014

Taugeh dan Cili Api Putih Dimanfaatkan

As-salam.

Seperti yang Mak Aji sebut sebelum ini taugeh biasanya Mak Aji buat ulam sahaja sebab rasanya rangup dan manis. Selain itu baki taugeh yang disimpan Mak Aji masak tumis dicampur dengan sedikit sayur lain. Alhamdulillah siap menu makan tengah hari yang agak simple:

Baki taugeh selepas dibuat ulam.
Sebahagian cili api putih untuk dihasilkan ayam masak lemak cili api (cili ini kurang pedas berbanding cili padi).
Taugeh masak tumis.
Ayam masak lemak cili api.
Pak Aji goreng ikan pekasam (ikan sungai - kelah agaknya) sebagai lauk sampingan. Alhamdulillah cukup berselera kami makan!





Monday, 12 May 2014

Bikin Taugeh Lagi


As-salam.

Beberapa hari lepas Mak Aji bikin taugeh lagi di dalam teko keluli tahan karat. Dengan segenggam kacang hijau, dapatlah hasil taugeh yang bernilai sekitar 50 sen (Mak Aji agak-agaklah). 

Taugeh bikin sendiri luar biasa sedapnya berbanding yang dibeli. Kita juga lebih yakin dengan faktor kebersihan dalam pembikinannya.:

  Ini dia taugeh yang dihasilkan! 
Teko yang menjadi bahantara cambahan taugehku.
Mak Aji buat ulam sahaja taugeh tu selain dimasak tumis yang ringkas. Alhamdulillah sedap taugeh bikinan sendiri!!

Jika anda belum pernah membikin sendiri taugeh, anda boleh lihat DI SINI.




Tuesday, 19 November 2013

Taugeh Menjadi Tetapi ...

As-salam.

Biji kacang hijau sudah beberapa minggu Mak Aji beli untuk projek membikin taugeh sendiri seperti yang dibuat oleh rakan-rakan blogger lain. Mak Aji mengambil jalan mudah dengan menggunakan cerek kecil Pak Aji (yang biasa digunakannya untuk merebus teh bagi membuat teh tarik):

Cerek tempat menghasilkan taugeh.

Mak Aji ambil sekitar dua sudu besar kacang hijau, rendam sebelum masuk tidur malamnya dan usai solat Subuh esok harinya, Mak Aji siram dan toskan serta masukkan ke dalam cerek ini. Selama 3 hari berturut-turut Mak Aji siram kacang hijau ini dengan memasukkan air melalui muncung cerek dan kemudian tuang keluar airnya, sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang. Ada dua kali insiden menantu Mak Aji terbuka tutup cerek dan Pak Aji sendiri terbuka tutup cerek (Pak Aji mahu merebus air rebusannya). Selain itu cerek bertutup rapat hinggalah hari ketiga.

Setelah tiba hari ketiga, berikut hasilnya:

Sepinggan taugeh tanam sendiri!!
Dari dekat - mengapa banyak sangat akarnya ya???

Alhamdulillah projek taugeh berjaya menghasilkan taugeh yang cukup sedap serta ranggup. Kami makan sebagai ulam yang dicicah budu - memang sedap sekali. Lain kali bolehlah dibuat lagi!!

Cuma satu perkara yang memusykilkan Mak Aji - mengapa ya, akarnya bercabang-cabang, tidak seperti taugeh dibeli yang hanya satu sahaja akarnya?? Bagaimana dengan taugeh rakan-rakan yang tanam sendiri taugeh ini??



Friday, 30 December 2011

Khasiat Taugeh

Sayur yang sering dijadikan bahan lawak dan dipandang sebelah mata ini rupanya banyak khasiatnya. Nak tahu? 

Taugeh yang cukup berkhasiat

1. Taugeh dikatakan menyumbang kepada kesuburan lelaki dan perempuan. Ini kerana taugeh boleh meningkatkan kualiti sperma dan juga telur.  

2. Taugeh dapat melumpuhkan bibit kanser pada usus besar dan pankreas serta juga leukaemia.

3. Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi meningkatkan kepadatan susunan tulang serta mencegah osteoporosis.

4. Pengambilan yang kerap oleh wanita boleh membantu menghindar daripada kanser payudara, gangguan menjelang datangnya haid, dan membantu menangani gejala pramenopaus serta gangguan akibat menopaus.

5. Taugeh baik untuk mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat lemak yang tinggi dalam darah. Semasa kacang dicambahkan, tahap saponinya meningkat 450% dan saponi inilah yang dapat menghalau lemak jahat LDL tanpa menganggu lemak baik HDL.

6. Serat taugeh padat dengan antioksida yang menghalang tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas yang menjejaskan sel DNA kita. Jadi, taugeh akan menjadikan kita awet muda!!

7. Taugeh dapat membantu proses pembuangan najis lantaran serat dan airnya yang banyak. Inilah tunjang utama taugeh dalam memerangi kanser. Apabila kotoran cepat keluar dari usus, maka racun tidak sempat diserap oleh tubuh. Ini juga mencegah pengumpulan bahan beracun yang merangsang bertunasnya benih kanser.

Jadi, sekarang sukakah anda makan taugeh?? Tentu suka kan???? 
Malam ni masak apa? Masak taugeh!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...