About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 30 December 2011

Khasiat Taugeh

Sayur yang sering dijadikan bahan lawak dan dipandang sebelah mata ini rupanya banyak khasiatnya. Nak tahu? 

Taugeh yang cukup berkhasiat

1. Taugeh dikatakan menyumbang kepada kesuburan lelaki dan perempuan. Ini kerana taugeh boleh meningkatkan kualiti sperma dan juga telur.  

2. Taugeh dapat melumpuhkan bibit kanser pada usus besar dan pankreas serta juga leukaemia.

3. Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi meningkatkan kepadatan susunan tulang serta mencegah osteoporosis.

4. Pengambilan yang kerap oleh wanita boleh membantu menghindar daripada kanser payudara, gangguan menjelang datangnya haid, dan membantu menangani gejala pramenopaus serta gangguan akibat menopaus.

5. Taugeh baik untuk mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat lemak yang tinggi dalam darah. Semasa kacang dicambahkan, tahap saponinya meningkat 450% dan saponi inilah yang dapat menghalau lemak jahat LDL tanpa menganggu lemak baik HDL.

6. Serat taugeh padat dengan antioksida yang menghalang tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas yang menjejaskan sel DNA kita. Jadi, taugeh akan menjadikan kita awet muda!!

7. Taugeh dapat membantu proses pembuangan najis lantaran serat dan airnya yang banyak. Inilah tunjang utama taugeh dalam memerangi kanser. Apabila kotoran cepat keluar dari usus, maka racun tidak sempat diserap oleh tubuh. Ini juga mencegah pengumpulan bahan beracun yang merangsang bertunasnya benih kanser.

Jadi, sekarang sukakah anda makan taugeh?? Tentu suka kan???? 
Malam ni masak apa? Masak taugeh!!

2 comments:

  1. salam Mak Aji.. sebelum buat kerja pagi ni .. menuntut ilmu dari blog Mak Aji ni..tq atas info taugeh, lepas ni saya mesti ada taugeh he he .. tapi elok yg buat sendiri.. ada yg kata yg telah dikomersilkan tu ada chemical juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      he he, rasa mcm cikgi pulak ya (pernah hampir jd cikgi tetapi x jd). Dpt info pun dr pak cik google gak, feels good to share useful info. Setuju tu, yang buat sendiri lebih baik, pun ada dlm kalangan blogger friends kita yg ada beri info ttg cara hasilkan taugeh.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...