About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label projek para mini. Show all posts
Showing posts with label projek para mini. Show all posts

Tuesday, 6 May 2014

Lain Kuminta Lain Pula yang Kudapat

As-salam.

Mak Aji berangan-angan mahukan para seperti yang Mak Aji lihat di Salon dalam Taman seperti DI SINI. Begini rupanya:

Mak Aji mahukan yang sebegini!
Sebaliknya versi ini yang Mak Aji dapat!:

Foto atas Mak Aji tunjukkan kepada Pak Aji tetapi dia menginterpretasikannya menjadi begini!!!???
Apa-apa ajelah Labu!
Di pasu kiri hoya putih merah yang sedia ada, di tengah hoya merah pemberian ibu Nur pemilik salon, yang kanan pokok berbunga kuning (tak tahu apa namanya).
Nampak gaya Mak Aji kena bertukang sendiri barulah dapat versi yang dihajati, alahai!!




Friday, 2 May 2014

Bikin Kompos Cara Mudah

As-salam.

Pada tengah hari tadi Mak Aji menyinggah ke nurseri Sungai Buloh untuk mencari pasu besar dan juga pokok mangga telur (gara-gara selepas memasak kari ikan mangga telur tempoh hari -  DI SINI) dan juga pokok gajus. Tentu sahaja juga untuk menjamu mata dengan pelbagai jenis pokok bunga dan yang seumpamanya! 

Alhamdulillah 3 pasu besar berjaya dibeli dengan harga yang agak berpatutan (RM20 setiap satu) dan pokok gajus serta mangga telur dengan harga RM23.00 (lepas ni mudahlah Mak Aji nak mengari ikan!!). 

Selesai dengan pembelian tersebut, Mak Aji menyinggah ke nurseri kegemaran Mak Aji - pasti ada sesuatu yang menarik di situ setiap kali berkunjung - ini dia!:

Ini dia composter yang boleh menghasilkan kompos dengan mudah dalam tempoh 2 bulan!
Kalau anda berminat, harganya RM150.00 satu! Satu lagi barang menarik di situ ialah vegetable bed yang siap yang diperbuat daripada keluli tahan karat dengan harga RM250.00:

Instant vegetable bed! Pakai bubuh tanah aje!
Dengan harga yang ratusan itu, Mak Aji kirim salam sahajalah! Sekadar menjenguk sahaja. Kompos Mak Aji (dalam pembikinan) cuma menggunakan tong styrofoam sahaja yang harganya tidak pun sampai RM10!!

Apapun berikut hasil 'pancingan' Mak Aji pada hari ini:

Pokok gajus dan pokok mangga telur.
3 pasu besar untuk projek baikk punya! Tunggukan ya!
Teringin Mak Aji akan para seperti ini!:

Entah apa pokok yang bakal di'kerjakan' seperti ini, kita nantikan ya!!!
Excited dah ni!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...