About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label daun kesum. Show all posts
Showing posts with label daun kesum. Show all posts

Friday, 15 August 2014

Tuaian Hari Ini

As-salam.

Petang semalam jiran sebelah menghulur rambutan kepada kami dan Mak Aji membalasnya dengan sebiji buah betik - betik dari pokok baru yang baru dua kali kami petik hasilnya. Kedua-dua kalinya diberikan kepada orang dan kami sendiri belum berpeluang memakannya. Harapan Mak Aji manislah buahnya ya!

Berikut pula dua biji lagi betik yang dipetik dari pokok besar sedia ada:

Dua biji betik yang insya- Allah manis nanti!
Daun kesum segar dari ladang dan cendawan segar dari kabinet dapur!


Wednesday, 16 July 2014

Dari Laman ke Meja Hidangan

As-salam.

Ini merupakan entri tertunda sejak beberapa hari. Hidangan ini Mak Aji sediakan untuk berbuka puasa beberapa hari lalu:

Cili api dan daun kesum segar dari laman untuk dibuat sambal dan gulai darat.
Gulai darat daging dengan kentang.



Sambal bajak (sambal Jawa) yang dihasilkan oleh Jawa celup kat rumah ni - Madihah!


Silalah terliur sebab memang sedap kombinasi lauk ini yang digandingkan dengan ikan goreng dan tentunya nasi panas-panas!



Thursday, 28 February 2013

Ulaman Siap Petik

As-salam.

Pak Aji lebih gemar makan sayur dalam bentuk mentah berbanding yang dimasak, jadi dia lebih selesa makan ulam. Jadi, kalau tiada sayur atau ulam yang (tiada di rumah) dibeli,maka kami petik sahaja apa-apa yang ada di laman rumah. Antaranya:

Kacang botor sudah galak berbuah, alhamdulillah, berkat doa rakan-rakan blogger!!
Daunnya juga banyak boleh tahan.
Pegaga air.
Sambung nyawa
Daun pudina.
Pokok serai kayu.
Daun kesum.
Daun salam.
'Pucuk' bunga gincu.
Cantik, kan!
Pokok herba (tidak tahu namanya).
Ini pucuknya - rasa sedikit masam dan pahit serta lemak.

Untuk pengetahuan, Mak Aji suka untuk menyebut tentang pucuk sambung nyawa - jika anda petik pucuknya untuk makan tengah hari dan menjelang makan malam masih ada baki di bawah saji, percaya atau tidak, pucuk itu masih segar, tidak layu, masih seperti baru dipetik!! Mungkin sebab itulah namanya begitu! Kalaulah begitu, agaknya khasiatnya untuk awet muda?? Kekal segar ya!!




Friday, 6 January 2012

Untuk Kawan

Ada kawan di ofis yang minta daun kesum dan keratan batang pokok Nasir. Jadi sebelum tidur malam tadi Mak Aji pergi ambil dan letak di pintu - al-maklumlah selalu terhakis memori, takut terlupa bawa pulak. Ini yang diletak di pintu hadapan rumah:


Keratan batang pokok Nasir dan daun kesum.

Catatan: Semoga keratan batang akan hidup dengan sihat, jangan mati dan daun kesum bermanfaat untuk hidangan.

Saturday, 3 December 2011

English parsley

Minggu lepas, Mohaini memberikan English parsley untuk ditanam. Terima kasih Mohaini. Ini yang baru ditanam bersama-sama daun bawang. Mak Aji berani tanam secara bercampur-campur sebab En. Iskandar kata kita boleh berbuat demikian tanpa menjejaskan bau dan rasa herba-herba tersebut. Inilah herba yang baru ditanam dalam pasu hari ini:

English parsley dan daun bawang

Daun kesum dan daun pudina

Pegaga

Sunday, 27 November 2011

Khasiat Daun Kesum

Pucuk daun kesum (vietnamese mint) biasa digunakan sebagai salah satu ramuan penting dalam masakan Melayu. Mak Aji tanam kesum di belakang rumah untuk tujuan masakan asam rebus, asam pedas, ulam untuk laksa Kelantan, ulam untuk nasi kerabu dan jika tiada ulam lain untuk dimakan dengan budu. Rasa kesum yang dipetik 'segar dari ladang' memang berbeza daripada yang dibeli di kedai.

Daun kesum di belakang rumah

Tentang khasiat daun kesum pula, Mak Aji kurang arif. Walau bagaimanapun Mak Aji tertarik dengan rencana dalam Metro pada hari ini yang memaparkan khasiat  pucuk  kesum seperti yang boleh dibaca lanjut di sini!

Mengikut berita ini, Pok Nik (Mohamed Nor Awang), 60 tahun (bekerja sebagai penjual kayu api dan buruh) dari Kampung Tok Fakir, Merchang, Marang, Terengganu, beristeri empat yang masing-masing berusia 55, 42, 43 dan 37 tahun (ada 18 anak dan 12 cucu) mengekalkan stamina dan susuk tubuh menarik dan awet muda dengan mengamalkan memakan pucuk kesum dan pucuk ubi sebagai ulam!! Pada usia tersebut beliau tidak menghidap apa-apa penyakit berbahaya sehinggakan ada VIP yang datang menemui beliau untuk mendapatkan petua mengekalkan keharmonian berumahtangga dan kekuatan batin. 

Selain mengamalkan pucuk kesum dan pucuk ubi, Pok Nik juga mengamalkan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai setiap malam Jumaat untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga. Pantang beliau nombor satu ialah  tidur siang secara berlebihan dan beliau hanya berehat pada waktu malam. Mak Aji percaya jualan daun kesum dan pucuk ubi akan naik mencenanak selepas rakyat Malaysia membaca berita ini??!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...