As-salam.
Semalam semasa menjamu mata serta melayan diri di nurseri, Mak Aji terpandang buah daripada sejenis pokok ini yang sebelum ini tidak pernah Mak Aji lihat. Cuba teka buah apa ini:
![]() |
| Cer teka, cer teka! (Intai daun sebab nak teka pokok apa eh!!) |
Jawapannya dalam foto berikut:
![]() |
| Inilah pokoknya - pokok kari! |
![]() |
| Yang ini juga mahu berbunga juga! |
Pokok kari Mak Aji belumlah pernah berbunga mahupun berbuah, jadi seronok juga apabila dapat melihatnya buat pertama kali ini! Tentang khasiatnya Mak Aji pun sudah lupalah. Usah risau Pak Cik Google sedia membantu!



