As-salam.
Alhamdulillah kita ditemukan lagi pada hari Jumaat penghulu segala hari!
Hari ini Mak Aji menunggu kunjungan seorang pelajar yang mahukan akar hempedu bumi untuk kajiannya. Terlewat katanya. Tidak apa-apa, pada hari ini Mak Aji tiada apa program selain harus mencari bahan untuk masak kek/buah tangan untuk majlis hari jadi cucu Mak Aji, Mikhail Zahrin yang pertama esok! Sekejap sahaja sudah setahun cucuku! Mak Aji selit foto dia ya:
![]() |
| Mikhail dengan abahnya, Zhafran (anak Mak Aji nombor 3). |
Esok Zhafran buat makan-makan keluarga di rumahnya sempena hari ulang tahun pertama Mikhail. Nanti Mak Aji update di www.ummumadihah898.blogspot.com.
Ok kembali kepada cerita sebenar. Mak Aji kongsikan beberapa bunga yang menyeri laman pada hari yang penuh berkat ini:
![]() |
| Australian gold vine. |
![]() |
| Bunganya menghiasi para yang disediakan. |
![]() |
| Bunga Nasir/trumpet menyeri pergola. |
![]() |
| Bunga telang yang belum dipetik - akan dimanfaatkan untuk nasi kerabu biru bagi makan-makan esok petang. |
![]() |
| Cuba teka pokok pakis apakah ini!? Pucuk miding! |
Lihatkan pucuk miding yang tumbuh sendiri dalam pasu pokok hoya sehinggakan hoya hidup segan mati tak mahu. Apa lagilah nak berbunga! Mak Aji ni kalau lihat pucuk miding teringat bubur lambuk! Macamlah sebanyak ini pucuk miding boleh dibuat bubur lambuk! Jadi, nak kena korbankanlah pucuk miding ini! Boleh dipindah tanam ke lain tempat ke?? Kena jenguk-jenguk tempat baru, manalah tahu boleh membiak pulak miding ni sehingga cukup untuk buat bubur lambuk???
![]() |
| Pokok melur Jawa pada pagi ini - alhamdulillah cukup segar bugar (adalah daunnya dimakan ulat ke apa - rongak sedikit!) |
Moga tidak lama lagi keluarlah bunga melur Jawa yang cukup menawan hati tu! Insya-Allah!
![]() |
| Kurang pasti Mak Aji apa nama pokok ni. Bila bahagian tengah-tengahmya tu berwarna merah, memang cantik pokok ni. Sayangnya merah entah ke mana, yang ada hijaunya sahaja. |
Sekian laporan daripada Mak Aji dari Sungai Pelong, Sungai Buloh untuk blog Greenfingers898! (wartawan tidak bertauliah!)



















