About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label pokok bunga Nasir. Show all posts
Showing posts with label pokok bunga Nasir. Show all posts

Friday, 11 October 2013

Meriah Bunga Trumpet Besar

As-salam.

Apabila pokok anggur dialih ke pergola sisi, maka pergola besar dihuni secara sendirian oleh pokok trumpet (besar). Sebenarnya sebelum menghuni sendirian bunganya sudah galak pun. Saksikan:

Seronoknya dia memanjat.
Di pergola banyak bunga yang kembang dan di tanah juga bertaburan bunganya yang gugur. Sayang sekali kembangnya sehari dua sahaja.



Monday, 12 August 2013

Bunga-bungaan Hari Raya

As-salam.

Raya, rayalah juga, pokok kenalah siram juga! Mak Aji tidak balik kampung, jadi tiadalah masalah pokok kekeringan. Mak Aji percaya rakan-rakan kita yang balik kampung pun bersedia dengan pelbagai kaedah untuk memastikan pokok-pokok kesayangan tidak mati kekeringan!

Pokok-pokok di laman Mak Aji juga tidak kurang daripada tuannya untuk menyambut raya. Ada sebahagiannya cukup meriah berbunga seolah-olah mahu turut serta menyambut kemunculan Syawal. Saksikan:

Bunga trumpet (sebelum ini digelar bunga Nasir sempena tuan punya asal pokok ini) banyak berbunga sekaligus!
Baru kuperasan yang warna kelopaknya rupa-rupanya variegated merah putih!). Cukup menawan!
Harum kesidang sampai masuk ke dalam rumah. Baunya seperti bunga rampai, cukup harum!
Bunga bergugus ini cukup galak sekarang, siap berbuah lagi (dalam entri sebelum ini).


Thursday, 31 January 2013

Panjang Umurnya!

As-salam.

Baru sahaja dalam entri lepas Mak Aji menyebut tentang bunga Nasir, alih-alih pada pagi ini Nasir, kawan Mak Aji, tuan empunya asal pokok tersebut menelefon nun dari Utara! Panjang betul umurnya! Katanya lebih kurang begini, "Hai, bunga Nasir lagi??, he he!!" Kami sama-sama tergelak!

Seperti biasa kami lama bernborak tentang topik kegemaran, pokok bunga. Katanya di rumahnya sekarang ada sekitar 40 pokok ros dan sekitar 70 pokok orkid! Mak Aji cakap yang dia yang sepatutnya ada blog tanaman! Seperti biasa juga dia menyarankan agar Mak Aji mula bertanam ros dan untuk kesekian kali juga Mak Aji tidak menyanggup sebab takut tidak terlayan dek manja, takut mati di tangan ini! Berikut foto ros merah yang ada di laman rumahnya! Katanya, sebenarnya bukanlah hitam ros itu tetapi merah darah ikan hinggakan digelar ros merah!

Ros hitam. Sumber foto: landscaping.about.com



Friday, 9 November 2012

Bunga Nasir Kembang Sudah

As-salam.

Bunga Nasir sudah beberapa hari kembang dan sudah pun layu tetapi entri tentangnya belum keluar lagi dek masalah teknikal pada desktop Mak Aji. Jadi ini entri tertangguh.

Kembang sekuntum sahaja.
Dari sisi.
Dari dekat.

Bilalah lagi bunga ini akan kembang lagi. Kembangnya jarang-jarang sekali.



Friday, 6 January 2012

Untuk Kawan

Ada kawan di ofis yang minta daun kesum dan keratan batang pokok Nasir. Jadi sebelum tidur malam tadi Mak Aji pergi ambil dan letak di pintu - al-maklumlah selalu terhakis memori, takut terlupa bawa pulak. Ini yang diletak di pintu hadapan rumah:


Keratan batang pokok Nasir dan daun kesum.

Catatan: Semoga keratan batang akan hidup dengan sihat, jangan mati dan daun kesum bermanfaat untuk hidangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...