About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 19 November 2013

Taugeh Menjadi Tetapi ...

As-salam.

Biji kacang hijau sudah beberapa minggu Mak Aji beli untuk projek membikin taugeh sendiri seperti yang dibuat oleh rakan-rakan blogger lain. Mak Aji mengambil jalan mudah dengan menggunakan cerek kecil Pak Aji (yang biasa digunakannya untuk merebus teh bagi membuat teh tarik):

Cerek tempat menghasilkan taugeh.

Mak Aji ambil sekitar dua sudu besar kacang hijau, rendam sebelum masuk tidur malamnya dan usai solat Subuh esok harinya, Mak Aji siram dan toskan serta masukkan ke dalam cerek ini. Selama 3 hari berturut-turut Mak Aji siram kacang hijau ini dengan memasukkan air melalui muncung cerek dan kemudian tuang keluar airnya, sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang. Ada dua kali insiden menantu Mak Aji terbuka tutup cerek dan Pak Aji sendiri terbuka tutup cerek (Pak Aji mahu merebus air rebusannya). Selain itu cerek bertutup rapat hinggalah hari ketiga.

Setelah tiba hari ketiga, berikut hasilnya:

Sepinggan taugeh tanam sendiri!!
Dari dekat - mengapa banyak sangat akarnya ya???

Alhamdulillah projek taugeh berjaya menghasilkan taugeh yang cukup sedap serta ranggup. Kami makan sebagai ulam yang dicicah budu - memang sedap sekali. Lain kali bolehlah dibuat lagi!!

Cuma satu perkara yang memusykilkan Mak Aji - mengapa ya, akarnya bercabang-cabang, tidak seperti taugeh dibeli yang hanya satu sahaja akarnya?? Bagaimana dengan taugeh rakan-rakan yang tanam sendiri taugeh ini??



8 comments:

  1. As salam mak aji....adik saya pon tgh "tanam" 2 pot taugeh dlm periuk....tatau la macam mana hasil dia sbb first time jgk cuba.....ni dah 3rd day......:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Lynna,

      Insya-Allah hari ni bolehlah adil Lynna tuai ya! Mak Aji punya kurang cantik rupanya tapi rasanya alhamdulillah, manis serta rangup!

      Delete
  2. Salam Mak Aji, kreatif... Baru kami tau cerek pun bleh jadi tmpat taugeh becambah.... Boleh cube..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pedasdanmanis,

      Sebenarnya kawa blogger Olive dan juga Ummuaidan gunakan teko. Mak Aji punya teko takde yang sesuai, itu yang kerjakan cerek Pak Aji je. Nasib baik dia tak campak je taugeh ni sebab dia tak tahu Mak Aji dok tanam taugeh tu, he he! Jom cuba, memang puas hati sebab rasanya manis berbanding yang kita beli tu!

      Delete
  3. Salam makji,
    sib baik pak aji tak minum airnya yer
    sy tak pernah perasan tentang akarnya..namun tak kesah jer..buat masak jer..sedap kan yg fresh2 homemade nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      He he, nasib baik! Yalah walau tak cantik, keding sikit serta berambut2 akarnya, dari segi rasa tetap sedap, rangup dan berhari2 tahannya dalam peti ais, tak cepat busuk seperti yang dibeli! Home-made memang tetap yang terbaik!!

      Delete
  4. Salam Awin,

    Jom cuba, insya-Allah mudah sangat menjadi! Yang penting, sedap, rangup dan tahan lama!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...