As-salam.
Alhamdulillah pagi tadi Mak Aji sempat lagi ke nurseri Sungai Buloh untuk membeli tanah untuk projek laman, selain beberapa pokok yang diinginkan. Ini antara hasil tangkapan:
|
3 jenis herba, thyme, rosemary dan dill, pokok berbunga oren serta ros Jepun. |
|
Tambah stok ros Jepun. Pelbagai warna, RM3 sepolibeg. |
|
Cantik, kan! Terpikat pula yang ini. RM10 sepokok. |
|
Ini bukan hasil tangkapan hari ini, cuma jenisnya lebih kurang sama dengan foto di atas. |
|
Akhir sekali, 22 beg tanah, RM1.50 sebeg (dua percuma daripada Wak - sukanya!). |
Harap-harap janganlah hujan petang ini (baru sekejap tadi bunyi guruh) sebab ada projek yang perlu disiapkan.
Wow ada herga fav saya thyme..akak beli kqt sungai buloh?...tak perasan saya ade jual kat situ...boleh kongsi alamat nursery tu kak?
ReplyDeleteSalam Hazayri,
DeleteYa, beli kat nurseri Sungai Buloh. Nurseri tu namanya Fang Kiat Florist. Lokasinya, lalu Jalan hospital Sungai Buloh melepasi hospital di kanan dan hospital kusta di kiri, terus hingga ada simpang kiri, ada jambatan kecil. Masuk jambatan tu, di kiri ada nurseri tu, Sekarang ada menara vertical garden (sila rujuk entri vertical garden Mak Aji). Maaflah sebab alamatnya Mak Aji tak ada, cuma boleh tunjuk arah sahaja.
banyak tu mak aji...berjaya kah siapkan projek tu?
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeleteHe he, sebahagian sudah siap projeknya, nanti Mak Aji kongsikan fotonya, belum diambil fotonya, tungguuuu!