As-salam.
Buah mulberi elok tersimpan di freezer sementara menunggu tuannya lapang untuk dibuat sirap mulberi. Dua hari lepas Mak Aji berpeluang untuk berbuat demikian. Buahnya tidaklah banyak sekadar 200 gm sahaja, jadi agak sedikit sahajalag sirap yang dapat dihasilkan. Alhamdulillah pokok sekarang sedang galak berbuah, insya-Allah banyaklah nanti hasil yang akan disirap lagi!
Sekadar sebanyak ini sahaja sirap yang dihasilkan, alhamdulillah! Sedap dan cukup berkhasiat! |
Buah mulberi yang baru keluar dari freezer untuk disirap. |
nampak sedap. sy selalu buat jus roselle je. mulberi tak sempat nak dibuat air sbb buahnya tak byk, terus makan je la..
ReplyDeleteSalam Ndra Jamal,
DeleteMak Aji pun ada sepokok je mulberi ni. Sekali petik dapatlah dalam 20 biji ke, simpan dalam bekas boh dalam freezer. Esok lusa tuai lagi dan simpan lagi sampailah habis buah di pokok masak. Pokok dicantas dan tunggu keluar tunas dan buah baru. Sementara itu dapatlah banyak juga buahnya, cukup untuk disirap!