About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 28 May 2014

Stok Simpanan Mulberi

As-salam.

Buah mulberi sudah tiga kali dipetik. Ada ketika buahnya tidak sebanyak mana, seperti yang dua kali yang sudah dibuat stoknya. Alhamdulillah rezeki mulberi pada hari ini cukup lumayan, jauh lebih banyak daripada stok sedia ada:

Tuaian mulberi bersama-sama dua batang kacang panjanggg serta dua jenis cili api.
Stok daripada dua kali petik.
Keseluruhan stok mulberi - masuk terus ke freezer!
 
Insya-Allah buah dipokok boleh dibuat tuaian sekali dua lagi sebelum habis. Setelah itu dahan-dahan akan dicantas lagi untuk menggalakkan pertumbuhan tunas dan juga buah baru. Nanti bolehlah Mak Aji cuba untuk masak pucuk mulberi pula! 



10 comments:

  1. Banyak nya mak aji...merah2 semua nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Alhamdulillah tuaian semalam cukup banyak, antara yang terbanyak setakat ini!

      Delete
  2. MasyaAllah,,,lebat nyo buah mulberry mak aji...pucuk pun sedap masak lemak cili api..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Memang lebat buahnya walau hanya daripada sepokok sahaja mulberi, alhamdulillah! Mak Aji cakap ngan Pak Aji pasal masak lemak pucuknya tu, dia gelak, tak percaya, he he. Nantilah Mak Aji masak dulu, dia rasa baru dia tahu!

      Delete
  3. Salam kak..1st time singgah sini sbb nampak buah ni masa bw. Rasa buah mulberi ni sedap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Chot,

      Selamat datang ke laman Mak Aji (dah tua, selayaknya dipanggil begitu). Kalau buah yang merah hitam tu manis rasanya, kalau yang merah sahaja tu sedikit masam. Kalau nak tunggu merah hitam nanti habis menjadi habuan burung sahaja, itu yang bila dah merah sahaja sudah dipetik. Mak Aji pernah buat jem tetapi yang anak-anak paling suka sirapnya. Insya-Allah Mak Aji simpan ni untuk dibuat siraplah.

      Delete
  4. assalam mak aji..

    bestnyerrr..suka tgk tp x pernah lagi try cane rasa mulbery tuu...

    tetiba kecur air liur tgk..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Juls,

      Kalau merah hitam manis tetapi kalu masih merah tu masam sedikit. Untuk dibuat sirap yang merah sudah cukup beri warna kpd sirap. Kalau nak tunggu hitam nanti burung dapat dulu! Mak Aji nak buat sirap ni.

      Delete
  5. I love mulberries, I wish I had mulberry growing in my garden - but it grows so tall...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good morning Dewberry!

      What I do to make the tree short, bushy and manageable (easy to pick the berries too) is to do some hard pruning. The plant will not grow tall and each time after some hard pruning, new shoots as well as berries will appear! How good is that!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...