As-salam.
Pokok mangga yang Pak Aji pangkas setelah mendapat petua daripada pak cik MakAji tempoh hari terus berbunga - sehingga hari ini ada tujuh tangkai kesemuanya dan tangkai yang pertama berbunga sudahpun mengeluarkan buah-buah kecilnya!:
Melekatlah kamu mangga agar dapat kami nikmati lagi rezeki daripada-Mu! |
Tangkai ini juga lebat bunganya! |
Kami agak anxious menunggu buah sulung pokok ini sebab kalau benarlah kata Pak Aji, pokok ini buahnya saiz besar-besar sekali. Entah apalah nama jenisnya - hanya masa yang akan menentukannya - apabila buahnya cukup matang nanti, insya-Allah!
teruja nyer sy...mak aji..berapa tahun dah tanam mangga ni..mcm mana penjagaan sebelum berbuah? sy ada 3 jenis pokok mangga ni..tapi masih remaja..baru setahun lebih...
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeletePokok ni ditanam sekitar 2 tahun lepas. Pokoknya agak subur sebab tanah tu memang berbaja semulajadi (bayam pasir dan cili api boleh setinggi 7 kaki!). Kami boh aja baja pelet tahi ayam sekali sekala, cuma beberapa minggu lalu yg Pak Aji cantas, x lama alhamdulillah terus keluar bunga!! Pokok mangga Nadia tu x lama lagi insya-Allah berbunga dan berbuahlah tu!
Kalu bab tanah tu Ermmm...lambat sikit la kut...tanah umah ni keras....nk try cantas sikit...tinggi pokok dh lebih sikit dr sy yg 5 kaki lbh ni...huhu
Deletesaya masih igt petua mak aji ari tu hehe...sayangnya takde pokok mangga kat rumah ni
ReplyDeleteSalam Kam,
DeleteOrang kata sebelah utara ni tanahnya memang subur dan sesuai untuk tanam mangga, apa lagi, jom tanam mangga!!
Salam,Mak Aji.....Pokok mangga yg landlord saya tanam dpn rumah ni pon berbuah lebat this year....masa mula2 pindah mak saya ada cantas sikit2 yg mana dia sampai......tp sayang sbb kitorang tak balut...pokok tinggi sgt, takde org nak panjat ,, buah semua rosak....good luck with mangga ni mak aji....kena tender loving care awal2 ni takot nnt ulat dah berumahtangga mcm pokok saya.....Good Luck Mak Aji...semoga dpt hasil yg byk dgn pokok mangga ni....;)
ReplyDeleteSalam Lynna,
ReplyDeleteSayangnya bila buah rosak! Pokok ni xdelah tinggi sangat, masih boleh manage lagi membalutnya, kena guna tangga pendeklah. Good reminder tu, jangan Mak Aji lupa sudah. Pokok2 mangga sebelum ni Mak Aji balut ngan paper je, alhamdulillah ok except for a few yang rosak juga. Insya-Allah, tq Lynna.
Salam makji, menjadi btul petua tuhkan..alhamdulillah ..cepat lak tuh berbuah..tak sabar tunggu besarnie...yg kat umah nie puntengoktahun depan kalau nak apply petua..hehe
ReplyDelete