About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 30 October 2013

Puas Menggayakan Pisang

As-salam.

Beberapa hari lepas sekembalinya Pak Aji dari Surabaya, terus dikerjakannya pokok pisang (dengan bantuan Hamzah tentunya). Buahnya sudah mula masak di pokok sepeninggalannya dan pokoknya juga sudah mula layu (begitu rupanya perangai pokok pisang ini ya! - baru kutahu!). Inilah hasil daripada setandan pokok pisang abu:

Yang masak sudah mula dimakan tupai agaknya!
Ini ada lagi!
Sempatlah Mak Aji bawa pisang ke Skudai untuk anak cucu (macam orang tua-tua dulu-dulu, kan, bawa ole-ole hasil tanaman dari kampung untuk anak-anak di bandar! (tua sangatlah pula rasanya diri ini!) 

Selebihnya ada yang direbus (yang masaknya) dan untuk kali ini Pak Aji tuang madu, kicap serta ditaburnya keju parut (mozarella saja yang ada) - sedap juga ya semasa pisang masih panas-panas!

Pisang juga dibuat pengat dan dibuat pisang goreng. Pisang masih ada lagi tetapi Mak Aji sudah ketandusan idea untuk menggayakannya!!

Mabuk pisanglah kami ya!



13 comments:

  1. tu pisang abu,kan..org kelate panggil pisang sebatu...yo dok?? sedap digoreng,buat pulut dakap,rebus...pengat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Ya tu, pise kebatu. Tak pernah dengar pulak sebatu?? Goreng sudah, pengat sudah, rebus sudah, pulut dakap? Tak retilah pulak nak buat!

      Delete
  2. Rebus, gaul kelapa yang dah di tabur garam dan gula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Oh ya ke, boleh cuba ni esok pagi buat sarapan! Terima kasih JunAina kerana berkongsi idea!

      Delete
  3. masya Allah mak aji....seronoknya lahaiiii. Kalau saya dekat rumah mak aji...ada saya p singgah beli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      Tak jauh mana pun rumah kita, boleh lalu je ikut Sungai Buloh on d way balik kerja (kalau kerja KL), pisang ada je sehari dua ni! Percuma aje sayang! Mak Aji boleh aje kalau nak ke Shah Alam tu, cuma Awin kerja pulak! By this weekend alamat selesailah dah pisang tu.

      Delete
  4. salam kenalan mak aji,,,kalau sudi kita exchange link yer..pisang ni isinya pejal,,sy suka sira ngan gula dan daun pandan jer,,buat pekat2..kelantan panggil pisang kebatu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cucubulat.

      Selamat berkenalan juga drp Mak Aji. Oh, oghe Kelate jugok ya! Mok Aji pun! Mak Aji kurang faham exchange limk tu tapi yang biasa buat tu saling follow blog aje. No problem!

      Delete
    2. oh ya, cucubulat, Mak Aji belum lagi sira. Mak Aji pun suka tu, lagi sedap boh dalam peti ais, memang sedap!

      Delete
  5. salam mak aji, pise kebatu siro meme best...menu wajib bule poso...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Mak Aji pun suka siro pise, terutama bule poso! Kalu dah lidah Kelate, he he!

      Delete
  6. salam mak aji..menu pise rebus..bubuh madu kicap n cheese..tak pernah buat lagi gaya gitu...raso nak try jah...hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Yang Pak Aji boh kicap ngan cheese tu memang pelik sikit, rasa pun oklah, nak kata tak sedap taklah juga. Baru kejap tadi Mak Aji tengok kat TV mereka kat Indonesia bakar pisang atas api arang, ketuk sikit, curah sos coklat/ganache dan tabur cheese parut! Mak Aji rasa Pak Aji tertukar dengan sos coklat kut! Yang ini agak2nya rasanya sedap dan boleh cuba!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...