About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 28 October 2013

Buah Nona

As-salam.

Semasa kami dalam perjalanan balik ke KL dari Skudai, kami menyinggah di R & R Pagoh untuk solat. Sebelum masuk semula ke kereta, kami menyinggah di gerai buah. Sempat kami membeli kerepek sebagai ubat tahan mengantuk dan juga buah jambu madu serta buah nona seri kaya. Mak Aji baru pertama kali membeli buah nona yang kelihatan begitu segar sekali dengan harga RM12 sekilo. Ada versi berkulit hijau dan ada yang berkulit merah. Harganya sama sahaja. Semasa Mak Aji budak-budak arwah emak ada menanamnya di belakang rumah dan pokoknya asyik berbuah. Buah itu merupakan antara buah kegemaran arwah emak. Buahnya dibeli dan bijinya disimpan untuk dijadikan benihnya pula. 

Segar buahnya.
Enak rasanya!


12 comments:

  1. sedapnyeeee.....mak aji...saya nak beli!!! suka sangat buah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      Nak biji benihnya?? Nanti Mak Aji bawa insya-Allah Sabtu depan ke bila Mak Aji datang untuk ambil kucai ya!

      Delete
  2. Replies
    1. Salam Srikota,

      Betul tu, sejuk memang lagi sedap!

      Delete
  3. assalam Mak Aji.. lama sungguh saya tak makan buah ni....ada dalam 40 tahun kut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Mak Aji pun memang dah lama sangat tak makan, susah nak jumpa buah ni! 40 tahun, lama tu!

      Delete
  4. salam mak aji, susahnye nk dpt buah ni kat alor setar...

    ReplyDelete
  5. As Salam Mak Aji...sedapnya buah nona....dah lama saya tak makan...seingat saya last mkn masa sekolah rendah kot.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynna,

      Pun dah lama tak makan ya! Rupa2nya bukan Mak Aji aja yang susah dapatkan buah ni!! Memang nasib baiklah tempoh hari kerana terjumpa buah tu!

      Delete
  6. Asalam Tuan Rumah Mak Aji
    Saya baru balik dari kebun @na dan singgah dilaman Mak Aji nak bagitau saya adalah peminat tegar buah ni masa kanak2 dulu. Sekarang payah jumpa..Salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam S..U..D..@..I..S,

      Selamat datang ke rumah Mak Aji! Mak Aji pun biasa dok makan semasa budak2 dulu sebab arwah mak tanam, yang hijau kulitnya. Kami sekeluarga suka. Memang sekarang susah nak dapat, kalau adapun mungkin kat Cold Storage kut. Harganya pun boleh tahan jugak.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...