About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 20 October 2013

Tumbuhan Udara

As-salam.

Setiap kali Mak Aji ke nurseri Sungai Buloh (selepas Hospital Sungai Buloh, belok kiri melalui jambatan kecil) Mak Aji hampir pasti singgah ke nurseri yang pertama di sebelah kiri selepas melalui jambatan kecil (berhadapan dengan dewan orang ramai dan ada gerai cendol di hadapannya). Pada hari ini Mak Aji perhatikan bahawa mereka baru sahaja membuat penambahbaikan pada nurseri - sungguh cantik susunan pokok serta tumbuhan yang terjual. Yang paling Mak Aji suka peragaan tumbuhan (kalau sebut pokok macam besar sangat pula ya?!) udara - menarik sekali!!:

Peragaan yang cukup cantik!
Tambah kapsyen
Kombinasi dua jenis tumbuhan.
Kombinasi tanduk rusa dan tumbuhan udara (lupa apa ke namanya?).
Juga kombinasi dua jenis tumbuhan.
Yang inilah yang paling cantik, sepadan dengan harganya RM38 satu. Terima kasih ajalah, nanti Mak Aji  kaya
Mak Aji datang belilah ya?
Cukup kreatif tukang bikinnya ya!
Bila digantung banyak-banyak cantiklah pula!
Mak Aji dua foto terakhir itu kita boleh sahaja bikin sendiri dengan membuat apa sahaja bentuk yang kita suka, gajah ke, harimau ke, he he!! 

Banyak tinjau nanti banyaklah idea yang dibawa balik untuk dilaksanakan di laman sendiri. Oh ya, Mak Aji minta izin dahulu untuk rakam foto ya, takut nanti tidak pasal-pasal kena tegur pula, buat malu company aje!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...