About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 22 February 2013

Arbor dalam Pembikinan

As-salam.

Setelah beberapa hari mengecek akhirnya pada petang tadi Pak Aji setuju untuk membuat arbor/para untuk pokok bunga memanjat - sebagai 'pintu' untuk masuk ke ruang berumput dari kawasan berkonkrit di laluan masuk ke rumah. Suka hati tidak terkira, sanggup sahaja Mak Aji sama-sama mengangkat kayu dengan anak bujang nombor tiga, Zhafran. Pun membantu di mana patut sementara mereka membuat lakaran, mengukur dan menggergaji kayu yang sedia ada. Mungkin kalau kayu tidak cukup barulah perlu dibeli.

Apabila arbornya buatan sendiri sahaja oleh kaki DIY di rumah ini, Pak Aji, jadi tentunya tidaklah secantik buatan profesional. Walaupun begitu, Mak Aji sudah cukup suka! Adalah nanti tempat untuk pokok kesidang dan pokok Nasir memanjat! Selesai satu bab. 

Kayu berterabur di laman,
Projek seterusnya, menanam pokok di keliling ruang berkonkrit itu pula, dengan hanya menggunakan pokok-pokok yang sedia ada, insya-Allah tiadalah perlu dibeli lagi. Harapan agar menjelang raya puasa nanti semuanya selesai - bakal terima seorang lagi menantu!



4 comments:

  1. salam makji
    Tahniah yer..akhirnya pakji bersetuju jgk ..tak sabar nak tengok nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Alhamdulillah berjaya juga, yay!! Arbor cikai2 je, buatan sendiri maklumlah.

      Delete
  2. wah.. mak aji nak dapat menantu baru.. Tahniah mak aji!

    ReplyDelete
  3. Salam Nurul,

    Terima kasih. Insya-Allah tahun ini menantu tambah lagi seorang. Sekarang ada dua. Kalau nak tengok bakal menantu, ada kat sini:

    http://ummumadihah898.blogspot.com/2013/02/rombongan-meminang-untuk-zhafran.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...