About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 17 July 2012

Layan Diri ke Nurseri

Pagi ini bertemankan Madihah Mak Aji ke nurseri Sungai Buloh untuk mencari pokok. Sudah lama hendak dibeli pokok pudina sebab yang ada tinggal sedikit (hampir pupus), hendak tambah pokok duranta di balkoni belakang, hendak tinjau pokok orkid (sahut cabaran Nasir - mantan rakan ofis nun di Utara - untuk tanam orkid, tanam ros belum berani sebab takut kurang komited!).

Jam 1.30 petang kami pulang (selepas pekena cendol di situ juga) dengan beberapa biji pasu (yang besar dan juga yang plastik gantung berserta talinya, beberapa beg tanah siap berbaja dan baja pokok), sepuluh pokok duranta, serta dua pasu orkid yang siap berbunga. Mak Aji berkenankan pokok kiambang dan juga pokok lotus tetapi harganya bolehlah tahan juga - lain kalilah. Kalau diikutkan hati, mahu beberapa ketul lagi dihabiskan fulusnya. 

Berikut foto pokok yang dibeli:

Jenis vanda berbunga kuning. Ada setangkai lagi belum kembang.
Setangkai yang hampir kembang sepenuhnya.
Dari dekat, cantikkk!!
Golden shower jenis kelopak besar. Baru kembang dua kuntum.
Golden shower dari dekat.
Dalam entri tentang petua beli pokok, Mak Aji ada menyebut agar kalau beli pokok jangan beli yang berbunga. Masa beli pokok ingat perkara itu, tetapi semua orkid yang dijual berbunga, jadi terpaksalah beli juga yang berbunga. Kalau tidak berbunga, macam mana kita hendak tahu apabila berbunganya macam mana ya??

Golden shower ini rupanya ada tiga peringkat saiznya. Yang ini bersaiz sederhana besar. Rupanya ada lagi yang saiznya lebih besar!

Seterusnya Mak Aji beli pokok kari untuk menggantikan yang sudah tinggal arwah. Hendak dibeli pokok pudina, yang ada yang organik sahaja, RM9.90 harganya. Yang pernah Mak Aji beli hanya sekitar separuh harga di pasar malam. Apapun memang pudina organik pun sebab kita tidak letak racun, cuma baja sahaja.

Pokok kari.
Duranta (daun dua tona warna).
Tambah stok pasu.

Selain beli pokok, Mak Aji sempat merakam foto pokok jenis keladi yang Mak Aji rakam gambarnya dalam entri yang lepas. Bunganya ada sedikit perbezaannya. Kata penjualnya, bijinya boleh dibuat benih! Layan:


Bunga yang ada di rumah ada sedikit berbeza dengan yang di bawah.

Agaknya jenisnya berbeza sebab yang di nurseri daunnya kerkeluk-keluk atau berombak-ombak tepinya manakala Mak Aji punya lurus sahaja. Tak apa, lain kali kita cari yang seperti ini pula ya!


Biji merahnya makin besar.
Lihat biji merahnya yang dikatakan boleh dibuat benih.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...