About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 8 March 2013

Nurseri Sungai Buloh

As-salam.

Semalam Mak Aji keluar sendiri atas urusan membantu kawan mendapatkan tiket Air Asia. Setelah puas menggodak secara dalam talian dan asyik kena poof berulang kali, maka terpaksalah juga keluar ke ejen Air Asia.

Terlanjur keluar sendiri, apa lagi, ke nurseri Sungai Bulohlah! Layan beberapa foto yang diambil sambil Mak Aji beli pasu, tempat semai benih, kepingan batu refleksologi dan lain-lain:

Pertama kali lihat kaktus ini, cantik warnanya!
Dari dekat. Tak berani tanya harganya, takpa tunggu kaya dulu!!
Entah apa nama bunganya yang pelbagai warna, cukup meriah sekali!
Cantik dan menarik sekali yang ini!
Cili api ungu organik RM12 sepasu.
Deretan kaktus yang warnya dari pink hingga purple!
Kalau nak beli kaktus tak perlu ke Cameron, di sini banyak sekali!
Satu set meja dan empat bangku simen dengan harga RM480 (masih boleh tawar!) Sedang fikir-fikir ni!



5 comments:

  1. akak meja batu tu dah cantik tu letak tepi highway akak..sambil pekena cekodok dengan ubi kayu petang-petang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hazayri,

      itu yang dok timbang2 ni. Kalau yg bentuk mcm kayu tu mahal sangat, mahu seribu lebih! Yang ni murahlah sikit. Pun xleh letak tepi hiway nanti susah nak masuk khemah nanti, tengah fikir nak letak bwh pergola tu. Dah boleh bayang dah makan ubi kayu/cekodok tu, he he!

      Delete
  2. Assalam akak.. selalu akak g nurseri mane? sy ni tgh dok mencari pokok betik.. susah betul nk carik..

    www.sheilamutalib.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sheila,

      Akak gi nurseri yang dekat hospital Sungai Buloh tu, ke atas lagi, pasti ada simpang kiri ada jambatan kecil, masuk situ. Kalau pokok betik Mak Aji takdelah cari kat nurseri. Mak Aji ada banyak simpan stok benih betik, kalau nak boleh aja datang ambik atau boleh hantar alamat kepada Mak Aji, boleh pos biasa aje.

      Delete
  3. Assalamualaikum,nk tanye ada tak jual pokok rerama di nursery ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...