About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 14 March 2013

Pokok Disember



As-salam.

Seperti yang pernah Mak Aji sebut sebelum ini, apabila ke Surabaya sekali lagi Mak Aji akan mendapatkan benih pokok bunga yang agak pelik yang pernah Mak Aji tunjukkan sebelum ini. Ini rupanya:
           
Pokok Disember.
Mak Aji ada menunjukkan foto pokok ini kepada pemilik spa yang Mak Aji kunjungi semasa di sana. Dialah yang memberi maklum yang nama pokok ini pokok Disember sebab pokok ini hanya berbunga sekali setahun pada bulan Disember! Pemilik spa tersebut, Yaya memberi satu pokoknya, jenis bebawang, seperti berikut:

Pokok Disember yang diberi Yaya.

Untuk membawanya pulang, Mak Aji memotong batangnya dan membungkusnya di dalam kertas dan berikutnya dengan kain batik pula. 

Apabila Mak Aji ke rumah kawan di Sidoarjo, tempat Mak Aji pertama kali melihat pokok ini, Mak Aji bertemu dengan jiran sebelah kawan itu, tuan punya pokok. Dia dengan murah hati menggali sekitar 10 pokok untuk Mak Aji bawa pulang. Sayang seribu kali sayang kesemuanya dirampas kastam! Terasa bagai hendak tumpah air mata mengenangkannya!!

Jadi, pokok di atas sahajalah yang selamat dibawa pulang. Mak Aji sudah menanamnya dan berharap menjelang Disember hadapan akan keluarlah bunganya pula! 

Selepas dipotong sebahagian batangnya.
Selamat ditanam.
Ini pokoknya dari dekat.
Deretan pokok Disember sebelum sebahagiannya digali untuk diberi kepada Mak Aji.




2 comments:

  1. tak silap sy ada baca org panggil fireball

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Oh ya ke? Mak Aji belum pernah nampak pokok ni kat sini. Kalau ada senang boleh beli je, x payah seludup masuk bagai!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...