About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday, 16 March 2013

Taman dalam Rumah

As-salam.

Mak Aji pernah berkongsi foto water-feature yang terdapat di rumah kawan di Sidoarjo, Surabaya tidak lama dahulu. Dalam kunjungan baru-baru ini, kawan tersebut, Ibu Dewi sudah mula mencipta taman kecil di dalam rumahnya.

Apa yang menarik dengan rumahnya ialah rumahnya tiada pintu belakang. Sebaliknya ada pintu sisi selain pintu hadapan. Keseluruhan kawasan tanah dikepung dengan tembok yang setinggi rumah dua tingkat! Jadi, apabila berada di bahagian belakang rumahnya, kita terasa agak lapang dan bebas! Lihatlah beberapa foto yang sempat Mak Aji rakam:

Water-feature yang dihiasi tanaman di dalam pasu.
Tangga kedua (selain dari dalam rumah) yang menghubungkan kedua-dua lantai. Juga dihiasi tanaman di pasu.
Dinding temboknya memang menarik sekali dengan ruang untuk tanaman.

Mak Aji cukup sukakan konsep tertutup namun terbuka ini! Memang cukup nyaman bekerja di dapur dalam ruang yang terbuka dan berangin ini!





5 comments:

  1. Salam makji..
    mmmg menarik n kretif kan hiasan dlm taman umah nie,,ringkas n tak serabut...suka tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Memang agak simple dan x berserabut hiasannya. Di sinilah tempat lepak utama tuan rumah. Mereka makan cara Jepun, duduk bersila di tepi water feature ni, nyaman sekali! Mak Aji pun paling suka tempat ini.

      Delete
  2. tengok pun dah sejuk mata memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul,

      Memang sejuk mata memandang. Yang bagusnya kos menghasilkannya memang murah di sana. Kalaulah dibuat kat sini mahu melambung kosnya!

      Delete
  3. Salam Mak Aji.. kosnya mmg melambung kalau di sini kan, kenyang kontraktor! Tp rasanya x sesuai di Subang.. open concept mcm tu jawabnya x tidur lena sbb adala yg panjat masuk...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...