About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday 12 June 2013

Bunga dalam Bunga

As-salam.

Pada tengah hari tadi Mak Aji menyinggah di nurseri yang hampir dengan rumah untuk membeli tanah lagi (cepat betul habisnya!) untuk projek tanaman seterusnya. Mak Aji saja-saja tanya tentang pokok bunga hoya seperti yang dimiliki SmRose di sini,  rupa-rupanya pokok itu ada dijual tetapi yang ada cuma sejenis/ satu warna sahaja. Harganya RM15 sepokok. Mak Aji terus ambil sahaja, selain sepokok lagi juga pokok gantung, iaitu yang berbunga kuning (harganya RM10 sepokok), entah apalah namanya!:

Bunga dalam bunga - bunga hoya! Suka, suka, suka!!
Ini pokoknya dengan beberapa gugus bunga.
Kuningnya cukup meriah, menceriakan suasana!
Entah apo eh namo ekau??

11 comments:

  1. cantik bunga kuning tu, berjambak-jambak. Memang sesuai betul untuk digantung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Srikota,

      Memang cantik dan katanya tahan panas dan memang nampak digantung kat tempat panas pun.

      Delete
  2. salam mak aji,
    RM15 mahal tu mak aji...hehehehe, sy beli murah lagi, byk ambil untung nurseri sg Buloh ni....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Ye ke, alahai. Kira rezeki taukehnyalah tu. Mak Aji beli kat nurseri dekat ngan rumah je, bukan di nurseri biasa kat Hosp. Sg. Buloh tu, mungkin kat situ murah sikit kut.... Yang warna pink macam Rose punya xdelah pulak!

      Delete
  3. salam makji
    mmg cantik bunga dalam bunga tuh.suka tengok..kalau buat hiasan letak dalam rumah pun ok jgk kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Kurang pasti pula sama ada boleh dibuat indoor-plant atau tidak, tidak disiasat lanjut dengan tukang jualnya. Memang dari dekat cantik.

      Delete
  4. Salam makAji,yg kuning tu mcm penah ku lihat dimana2..sooo familiar!nt klu dpt recall blk nama nya saya dtg jengah lg :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NarsHIFA,

      Terima kasih, Mak Aji ni bab nama pokok ke nama bunga agak kurang tahu sangat dan kadang2 susah2 sangat boh nama sendiri sesuka hati, he he.

      Delete
    2. Salam Mak Aji,

      Akhirnya...saya dah dapatkan namanya untuk Mak Aji :)
      Jumpa di blog Dedaun Alam En. Adry.
      Anggun namanya,secantik bunganya.hehe..
      Saya berminat dengan bunga ni sejak tengok banyak hidup
      subur tepi sungai buatan di zoo singapore baru-baru ni.
      nak curi ambil benih untuk tanam kat rumah,tak tahu cara
      propagationnya,hehe.Terima kasih en Adry atas perkongsian
      di blog.

      Delete
    3. sorry Mak Aji,lupa pula nak letak linknya :D

      http://adrydaud.blogspot.com/2013/01/bunga-part-xxxiii.html

      Delete
    4. Salam NarsHIFA,

      Wah, anggun sekali namanya, anggun! Terima kasih kerana memberi link tu ya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...