About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 16 June 2013

Walaupun Kecil Tetap Cantik

As-salam.

Beberapa hari lepas Mak Aji perasan akan bunga dua jambak yang dikeluarkan oleh pokok ulam yang entah apalah namanya yang dibawa balik oleh Pak Aji dari rumah gurunya di Siam. Bunganya bergugus dan saiznya cukup kecil. Walaupun kecil bunga tetap cantik. Saksikan:

 Bergugus bunganya. Daunnya pahit, sedap dibuat ulam. Entah apalah khasiatnya??
Dari dekat memang lagi cantik!!
Dalam melihat keindahan bunga bersaiz kecil ada lagi bunga lain yang juga bersaiz kecil tetapi tidak kurang pula cantiknya:

Bunga ginseng Jawa. Kelopaknya umpama tisu berwarna fuchsia.
Bunga pada pokok pagar yang berdaun variegated.
Bunga pokok gantungan berdaun merah ungu.
Bunga daun salam.


14 comments:

  1. Salam Mak Aji.

    Diana dah lama nak cuba tanam daun salam tapi asyik lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Belum ada daun salam ya, Mak Aji ada je, boleh Mak Aji simpankan untuk Diana ya!

      Delete
  2. Saya tak pernah lihat bunga daun salam, cantik ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Srikota,

      Gugus bunga serta saiz bunganya kecik je tapi cantik.

      Delete
  3. Flowers in the 1st picture look like elderberry flowers. Is it elderberry? Or something similar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Dewberry,

      This is the first time I've heard of elderberry. After searching the net, I find the flowers and the leaves very similar! This is the second time around that the tree produces flowers, no berries in sight yet (if it is really the said tree)! It looks like I have to wait for it to bear the berries before I can confirm it.

      Delete
  4. salam, mak aji ada red ivy.. saya lama dah cari pokok ni...lawa bunga salam tu mak aji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Mak Aji ni tak berapa tahu nama pokok. Setelah check ngan Pak Cik Google rupa2nya yg daun merah hijau tu yang red ivy ya (he he!). Kalau dok dekat2 sini boleh je datang ambik kat rumah Mak Aji, adalah 2 pasu kat rumah ni!

      Delete
  5. salam makji..
    yg bunga kecil tuh saya bayangkan mesti warnanya pun wangi jugak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Itulah dia, Mak Aji ngan Pak Aji dok sibuk cium bunga tu (without each other knowing it, he he) dengan harapan yg sama. Tau2 Pak Aji kata bunga tu xde bau ya! Kalau wangi, lagi best, kan!

      Delete
  6. bunga ulam2an ni cantik jugak sbrnya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Itulah dia, baru kali kedua ni berbunga. Sekarang semakin banyak rantingnya nak berbunga lagi, seronok sangat. Apalagi bila Dewberry dok tanya pokok ni elderberrykah. Kalau ya memang ada buah berinya, bertambahlah seronoknya. Itu yang tunggu dan lihat ni!

      Delete
  7. salam mak aji..ape update terbaru pokok elderberry tuh? da menjadi buah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zilazul,

      Hai, nasib tidak menyebelahi, puas ditunggu buahnya tetapi tidak muncul2! Habis bunga selesai begitu sahaja. Nampak gaya bukanlah elderberry yang diharap2! Mak Aji ulamkan aja pucuknya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...