About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 4 September 2014

Mahkota Dewa - Bikin Sendiri Tehnya

As-salam.

Selepas melihat gerai jualan herba di pasar tani pada Ahad lalu, Pak Aji bukan main bersemangat lagi untuk membuat sendiri teh herba mahkota dewanya. Dipetiknya berpuluh biji mahkota dewa yang sedang berbuah lebat lalu dihirisnya nipis-nipis. Setelah dikeringkan di bawah panas matahari (semalam sedikit basah terkena hujan semasa tuannya pergi pekena cendol!) selama beberapa hari, inilah hasilnya:

Dapatlah setalam - perlu sehari dua lagi ni agar cukup kering.
Ini dia stok yang tinggal daripada kali terakhir
 membuatnya.

Tidaklah perlu rasanya Mak Aji menyebut khasiat mahkota dewa ini sebab umum sudah sedia maklum. Pak Aji mengamalkan minum teh mahkota dewa ini untuk mengawal darah tingginya. Diambilnya beberapa keping hirisan mahkota dewa yang dikeringkan ini dan menambah air panas. Dia membiarkannya sekejap sementara hirisan itu kembang ke saiz asal dan tehnya terhasil. 





4 comments:

  1. banyak buahnya mak aji boleh buat teh kering sebotol.sayang yang saya tanam mati sebab saya alihkan dia dari bwh pohon kantan ke tempat lain.terkejut kot beralih tempat.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      Alhamdulillah banyak buahnya, cukup subur pokoknya. Yalah agaknya tu, sayang pulak ya. Mak Aji pun nak kena semai buahnya untuk dapatkan anaknya.

      Delete
  2. senanglah kan dah ade stok yang kering tuh tunggu buat teh jerlah nantinyer..camaner rsnya makji sedap tak teh nie mana sedap ngan misai kucing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAAM

      Memang mudah, pakai rendam je. Rasanya macam biasa2 je, takdelah masam ke apa. Teh misai kucing lupalah pulak rasanya. Mak Aji tak bubuh gula ke apa, minum gitu je.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...